Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.la.lang] | بلالڠ

Definisi : sj serangga yg bersayap dan berkaki panjang; jenis-jenisnya: ~ bajang; ~ daun; ~ hijau; ~ jarum; ~ kunyit; ~ mekah; ~ padi; ~ patung; ~ pelesit; ~ ranting; ~ rusa; pak ~ orang yg selalu mujur dgn tidak sengaja (ramalannya selalu benar dgn tidak disengajakan); ~ dapat menuai prb mendapat keuntungan dgn tidak sengaja (waktu mengerjakan suatu pekerjaan); ~ telah menjadi helang prb orang yg bodoh dan hina telah menjadi cerdik dan mulia; bagai mencari ~ atas akar prb mengerjakan pekerjaan yg mustahil mendatangkan hasil; mata ~ belum pecah, sudah hendak membuta prb dikatakan kpd orang yg hendak tidur malam terlalu awal (siang-siang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.lang] | بلالڠ

Definisi : belalak; membelalang membelalak; membelalangkan membelalakkan (mata): kalau kelihatan orang agak bodoh, ia ~ matanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.lang] | بلالڠ

Definisi : ; akar ~ puak sj tumbuhan (pokok renek), bunga sapung, medang kelelawar, akar pulai puak, Pittosporum ferrugineum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.lang] | بلالڠ

Definisi : berbagai-bagai jenis serangga berkepak dan berkaki panjang yg suka memakan daun-daun: ~ daun; ~ hijau; ~ kunyit dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belalang

Puisi
 

Sapu tangan tepi dikelim,
     Mari kelim sisi belalang;
Sirih pinang boleh dikirim,
     Nak kirim bukannya barang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Belalang dapat menuai.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan tidak dengan sengaja.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
daya biasan antara mata kiri dengan mata kanan. Keadaan ini boleh diperbaik dengan kanta biasa. (UBAT) anisomorpha (anisomorfa) Kumpulan serangga yang mengalami metamorfosis dengan ciri yang berubah- ubah. Contohnya, genus belalang ranting besar yang tidak bersayap (Phasmi- dae). (BIO) anisospory (anisospori) Pembiakan yang melibatkan pembentukan spora yang mempunyai bentuk, warna dan seks yang berbeza oleh kulat yang sama. Contohnya, pembiakan pada struktur jam- batan. (HUT) cribwork (kerja landas) Kerja kayu yang besar, yang dikukuhkan dengan konkrit dalam pembinaan asas jambatan. (KEJ) cricket (cengkerik) Serangga dalam famili Gryllidae (order Orthoptera) yang menyerupai belalang sesungut panjang tetapi dapat dibezakan melalui warnanya yang perang dan serkus duburnya yang panjang dan tidak bersegmen. Serangga ini mempunyai kaki belakang yang panjang untuk melompat. Penggesekan oleh serangga jan

Kembali ke atas