Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj serangga yg bersayap dan berkaki panjang; jenis-jenisnya: ~ bajang; ~ daun; ~ hijau; ~ jarum; ~ kunyit; ~ mekah; ~ padi; ~ patung; ~ pelesit; ~ ranting; ~ rusa; pak ~ orang yg selalu mujur dgn tidak sengaja (ramalannya selalu benar dgn tidak disengajakan); ~ dapat menuai prb mendapat keuntungan dgn tidak sengaja (waktu mengerjakan suatu pekerjaan); ~ telah menjadi helang prb orang yg bodoh dan hina telah menjadi cerdik dan mulia; bagai mencari ~ atas akar prb mengerjakan pekerjaan yg mustahil mendatangkan hasil; mata ~ belum pecah, sudah hendak membuta prb dikatakan kpd orang yg hendak tidur malam terlalu awal (siang-siang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belalang I

Puisi
 

Sapu tangan tepi dikelim,
     Mari kelim sisi belalang;
Sirih pinang boleh dikirim,
     Nak kirim bukannya barang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Di tempat tiada 'lang,
     kata belalang: akulah 'lang!

Bermaksud :

Orang yang mengaku dirinya pandai atau mempunyai kelebihan, apabila diketahuinya di tempat itu tidak ada orang yang pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: Belalang hendak menjadi elang).

 

Lihat selanjutnya...(16)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, apakah terjemahan Inggeris bagi belalang rusa? Terima kasih.Tidak ada maklumat tentang padanan belalang rusa dalam bahasa Inggeris dalam pangkalan data kami.Penyemakan dan penterjemahan19.01.2015
Salam tuan/puan, Apakah terjemahan Inggeris untuk 'mencanting batik', 'belalang rusa'? Terima kasih.Wsalam,
Perkataan "mencanting batik" dan "belalang rusa" tidak terdapat dalam pangkalan data istilah kami. Mohon tuan hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) di talian 03-92262506 untuk mendapatkan terjemahan yang tepat bagi istilah ini.
Penyemakan dan penterjemahan20.01.2015
Bolehkah dua kata ganda diletakkan berturutan dalam satu ayat? Sebagai contoh “Benar, ayah. Belalang sembunyikan dalam semak-semak kira-kira sebatu jauhnya dari bendang itu,” kata Belalang.Penggunaan kata ganda dalam ayat yang diberikan adalah betul dan boleh digunakan. Tidak ada peraturan yang menyatakan bahawa kata ganda tidak boleh diletakkan berturutan dalam satu ayat.Tatabahasa25.02.2016
Adakah penggunaan perkataan 'kepalang' betul dalam ayat berikut: 1) Makanan yang tinggal alang kepalang. 2) Bukan kepalang amat sangat kerosakan disebabkan belalang.Ayat 1) Betul.
Ayat 2) Bukan alang kepalang kerosakan yang disebabkan belalang.
Tatabahasa05.05.2020
serangga seperti belalangUntuk makluman sdr perkhidmatan KNDBP tidak merangkumi pertandingan teka silang kata atau apa-apa pertandingan,  dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sdr dinasihatkan menggunakan Kamus Dewan  dalam talian di laman web DBP untuk membantu sdr menjawab peraduan teka silang kata.Lain-lain24.07.2010
Apakah penjodoh bilangan bagi petai belalang? papan atau tangkai?papanTatabahasa21.05.2018
apakah peribahasa yang sama erti dengan 1. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih? 2.mencurah garam ke laut?Dalam buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, peribahasa yang betul ialah "Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya", walau bagaimanapun tidak dinyatakan peribahasa yang sama makna dengannya. Peribahasa yang kedua ialah "Memberi garam kepada laut" dan peribahasa yang sama makna ialah "Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja".Lain-lain08.09.2011
Bolehkah 'Katydid' yang merujuk kepada serangga besar hijau dieja sebagai 'katidid' dalam bahasa Malaysia? Jika tidak, adakah 'katydid' harus diitalikkan dalam buku bahasa Malaysia? Terima kasih.

Dalam data Dewan Bahasa dan Pustaka (Ensiklopedia) Katydid dieja sama Katydid, diberikan huraian sebagai serangga besar hijau atau berwarna perang yang mempunyai sesungut yang panjang.

Katydid ialah sejenis belalang bertanduk panjang.

Istilah27.06.2014
saya ingin meminta tolong dr pihak tuan,utk memberi maksud ttg ayat dibwh,sya berharap sgt pihak tuan dpt membantu sya dlm mnyiapkan tesis saya... 1.tubuh langsir batang menjelai. 2.jari halus tombak serai. 3.tumit seperti telur burung. 4.besarnya bagai telur itik. 5.muka bujur daun sirih 6.dahi sehari bulan 7.hidung kuntum seroja 8.telinga telepuk layu 9.pipi pauh dilayang 10.bibir pati 11.gigi delima merkah 12.dada bidang awak 13.lengan baur panah 14.paha seperti paha belalang 15.betis bunting padi 16.Selama enggan mengeram 17.Selangkas betik berbuah 18.bagai pucuk dilancarkan 19.bagai kumbang putus tali 20.umpama belut diketil ekor 21.Selenjang kuda berlariUntuk makluman, soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Soalan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan kajian mendalam. Bagi membantu saudara  menyelesaikan tugasan ini, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan yang lain untuk membuat rujukan. Saudara juga boleg menggunakan prpm.dbp.gov.my untuk rujukan kesesuaian penggunaan bahasa dalam tugasan/tesis tuan.Tatabahasa25.02.2013
Berdasarkan penjelasan tuan (ADA di depan kata kerja) Adakah ini bermakna ayat ADA di bawah tidak sesuai? 1(a) Dia ADA pergi ke sekolah pagi tadi. 1(b) Dia TELAH pergi ke sekolah pagi tadi. 2(a) Saya ADA menerima surat daripadanya. 2(b) Saya TELAH menerima surat daripadanya. 3(a) Dia ADA menyemak senarai hitam. 3(b) Dia TELAH menyemak senarai hitam. 4(a) Surat pelantikan ADA difailkan. 4(b) Surat pelantikan TELAG difailkan.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Empat, terdapat beberapa makna ada, iaitu; 1. boleh didapati (ditemui, dilihat, dsb), bukan khayalan atau rekaan, wujud: <i>ada orang yg mempercayai hantu itu ~ dan ada pula yg mengatakan ianya khayalan manusia; tidak ~ lagi binatang raksasa sekarang; i>2. boleh diperoleh (didapati, dijumpai, dsb) di sesuatu tempat: <i>gula dan kopi ~ di dlm almari itu; dia tidak ~ di rumahnya sewaktu kami sampai;i> 3. telah sedia, telah terkumpul dsb (utk diberi perhatian dsb): <i>~ banyak surat yg perlu ditandatangani; ~ kerja penting yg belum diurus lagi; i>4. mempunyai: <i>Razi ~ banyak barang mainan; tidak ~ cita-cita; i>5. (masih) hidup, belum meninggal dunia: <i>ibunya masih ~ tetapi ayahnya sudah meninggal; dia sudah tak ~ i>dia sudah meninggal dunia; 6. benar-benar, sungguh-sungguh, sesungguhnya (digunakan utk menguatkan kata kerja selepasnya): <i>dia ~ pergi ke sekolah petang tadi; saya ~ menerima surat daripadanya; i>7. hadir (digunakan sbg menjawab panggilan guru dll sewaktu memastikan kedatangan murid dll); 8. apakah (digunakan utk melembutkan pertanyaan): <i>~ encik melihat adik saya? ~ gula, ~ semut i>prb kalau orang kaya banyaklah kawannya; <i>~ air, ~ (adalah) ikani> = <i>~ padang, ~ belalang i>= <i>~ batang, ~ cendawan tumbuh i>prb di mana pun kita duduk, ada rezeki;

Penggunaan perkataan ada dalam ayat yang dinyatakan boleh digunakan.
Tatabahasa16.08.2013

Kembali ke atas