Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj serangga yg bersayap dan berkaki panjang; jenis-jenisnya: ~ bajang; ~ daun; ~ hijau; ~ jarum; ~ kunyit; ~ mekah; ~ padi; ~ patung; ~ pelesit; ~ ranting; ~ rusa; pak ~ orang yg selalu mujur dgn tidak sengaja (ramalannya selalu benar dgn tidak disengajakan); ~ dapat menuai prb mendapat keuntungan dgn tidak sengaja (waktu mengerjakan suatu pekerjaan); ~ telah menjadi helang prb orang yg bodoh dan hina telah menjadi cerdik dan mulia; bagai mencari ~ atas akar prb mengerjakan pekerjaan yg mustahil mendatangkan hasil; mata ~ belum pecah, sudah hendak membuta prb dikatakan kpd orang yg hendak tidur malam terlalu awal (siang-siang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belalang I

Puisi
 

Sapu tangan tepi dikelim,
     Mari kelim sisi belalang;
Sirih pinang boleh dikirim,
     Nak kirim bukannya barang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Di tempat tiada 'lang,
     kata belalang: akulah 'lang!

Bermaksud :

Orang yang mengaku dirinya pandai atau mempunyai kelebihan, apabila diketahuinya di tempat itu tidak ada orang yang pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: Belalang hendak menjadi elang).

 

Lihat selanjutnya...(16)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ikat dada belalangikat dada belalangKesenianTiadaIkatan kemasan berbentuk dada belalang, dianyam bersilang dengan cara tekan satu, angkat satu, yang berfungsi mengikat ari seraung dan menutup kepala turus yang bersambung pada bingkai mulut bakul.
desert locustbelalang gurunBiologiTiadaBelalang yang terdapat di padang rumput di Afrika dan di Asia. Belalang ini berpindah dari satu tempat ke satu tempat dalam kelompok yang besar dan perpindahannya mengikut gerakan sistem tekanan rendah yang membekalkan hujan untuk kemandirian telurnya di dalam tanah.
gigi belalanggigi belalangKesenianTiadaBenang lungsin yang telah dibilang untuk menentukan tekat tiga atau tekat lima.
bilang gigi belalangbilang gigi belalangKesenianTiada.
acrydianakridiaBiologiEntomologiBelalang atau menyerupai belalang.
leucaenapetai belalangVeterinarTiadaKekacang yang mempunyai nilai pemakanan yang tinggi, tahan terhadap pemotongan yang kerap, memberi hasil yang tinggi dan sesuai di kawasan yang mengalami taburan hujan yang rendah jika tanahnya subur. Kekacang ini kurang sesuai pada keadaan tanah yang berpasir atau air bertakung. Tanaman ini mempunyai akar tunjang yang panjang, terutamanya di tanah beralkali dan keadaan ini membuatkan ia tahan terhadap keadaan kemarau. Petai belalang ditanam menggunakan biji benih pada jarak 50 cm di antara pokok dan 1 meter di antara baris. Tanaman ini boleh menghasilkan bahan kering sebanyak 15-20 tan/hektar/tahun dengan protein kasar sebanyak 22-24%. Daun petai belalang amat disukai oleh ternakan ruminan. Ragutan yang berlaku di kawasan petai belalang yang bercampur dengan rumput boleh meningkatkan pengeluaran ternakan. Selain itu, petai belalang juga mengandungi mimosin iaitu sejenis racun yang boleh menyebabkan keguguran bulu, kehilangan selera makan, pengeluaran air liur yang berlebihan dan pembesaran kelenjar tiroid jika diberi melebihi 30% daripada keperluan bahan kering harian untuk tempoh melebihi tiga bulan. Nama saintifik: Leucaena leucocephala.
food chainrantai makananBiologiEkologiUrutan linear organisma yang mengeksploitasi makanan daripada organisma lain. Misalnya, tumbuhan hijau (pengeluar pertama) dimakan oleh belalang (pengguna pertama), dan belalang pula dimakan oleh burung (pengguna kedua). Seterusnya burung dimakan oleh kucing (pengguna ketiga). Urutan ini membentuk satu rantai makanan dengan pengaliran tenaga.
longhorned grasshopperbelalang sesungut panjangPerhutananTiadaTiada
grasshopper (Valanga nigricornis)belalang kunyit (Valanga nigricornis)PertanianTiadaTiada
band-winged grasshopperbelalang kepak berjalurPerhutananTiadaTiada
1234

Kembali ke atas