Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.la.na/] | بلانق

Definisi : sj ikan laut; ~ rapang anjing sj ikan laut, Mugil dussumierii; ~ putih sj ikan laut, Mugil longimanus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.na/] | بلانق

Definisi : nama sj ikan laut, Mugil spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belanak

Puisi
 

Orang menjala ikan belanak,
     Dapat seekor puntang-panting;
Kalau kahwin janda beranak,
     Habis kepala kena kencing.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Maksud hati mengindang belanak, Belanak tak dapat hiu pun jadi; Maksud hati meminang anak, Anak tak dapat ibu pun jadi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Belilah belanak sekati dua, Bila dipanggang makan pun sedap; Hatiku tidak berbagi dua, Kepada abang badanku hinggap.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ikan belanak dalam tapisan, Orang membubu di Kuala Dungun; Ayuhai anak ingat pesanan, Kalau jatuh cepatlah bangun.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Belilah haruan serta belanak, Dapat dipindah sesudah bersih; Hati menyetan dadaku bengkak, Melihat abang berpindah kasih.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Orang menjala ikan belanak, Dapat seekor puntang-panting; Kalau kahwin janda beranak, Habis kepala kena kencing.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Tempat bersarang pohon rambutan, Belanak budu tidak bergaram; Tanah sehasta jadi rebutan, Anak menumpang di tanah haram.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Kerbau banyak makan sekawan, Belanak bertutu ikan haruan; Aku ini igau-igauan, Anakku banyak jadi jutawan.Pantun Melayu SarawakNasihat
Elok belat dapatlah ikan, Ikan belanak rasanya sedap; Elok adat selamatlah badan, Makan enak tidur pun lelap.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tanam ubi tanam keladi, Anak belanak dalam tapisan; Tuan beristeri dia bersuami, Ada anak boleh berbesan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Beli ubi beli keladi, Anak belanak dalam tapisan; Puan berlaki saya berbini, Kalau beranak kita berbesan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas