Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belanda

Puisi
 

Inderagiri Kota Belanda,
     Orang Acheh menanam buluh;
Memang untung berkahwin janda,
     Anak besar boleh disuruh.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Umpama Belanda kesiangan.

Bermaksud :

Orang yang bertingkah laku seperti orang putih.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tolong betulkan ayat ini. Orang Belanda Hitam adalah para rekrut Afrika Barat yang didatangkan dari Elmina untuk berkhidmat dengan Tentera Diraja Hindia Timur Belanda yang bertugas di Hindia Timur Belanda.Orang Belanda Hitam ialah rekrut Afrika Barat yang didatangkan dari Elmina untuk berkhidmat dengan Tentera Diraja Hindia Timur Belanda dan bertugas di Hindia Timur Belanda.Tatabahasa22.10.2014
"akan ke Perancis dan ke Belanda" atau "akan ke Perancis dan Belanda" Penyataan yang manakah lebih tepat dan sesuai? Mengapakah penyataan tersebut lebih tepat?

"akan ke Perancis dan ke Belanda"

Kata sendi nama "ke" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju.

Tatabahasa26.03.2011
salam.. saya ingin tahu peribahasa yg mana satu yg betul. 1- seperti belanda mendapat tanah 2- seperti belanda meminta tanah tqYang betul ialah bagai Belanda minta tanah. Lain-lain06.04.2008
Saya ingin bertanya apakah nama-nama tempatan tumbuhan seperti bunga raya, bunga ros, durian belanda dan sebagainya tergolong dalam kata nama am ataupun khas? Terdapat dua jawapan berbeza berdasarkan tahun di arkib khidmat nasihat. Apabila digunakan sebagai tajuk, adakah perlu saya menggunakan ia sebagai kata nama khas? Contohnya 'Pokok Durian Belanda' atau saya masih boleh menggunakan kata nama am iaitu 'Pokok durian belanda'?Perkataan durian belanda, bunga ros, bunga raya tergolong dalam kata nama dan dieja dengan huruf kecil sekiranya dalam ayat. Bagi penulisan tajuk, lazimnya ditulis dengan huruf besar di awal perkataan kecuali kata hubung yang ditulis dengan huruf kecil.Tatabahasa08.03.2013
'Hamster' dalam bahasa Melayu ialah 'tikus belanda'?Hamster ialah sj binatang kecil seakan-akan tikus yg badannya agak montok dan ekornya pendek, dipelihara di rumah sbg binatang kesayangan. Tikus Belanda ialah istilah Indonesia.Istilah05.04.2010
Makna Peribahasa: (1) Cicak Makan Kapur (2) Belanda Kesiangan. Yang mana Satu betul bagi singkatan Yang Berhormat. YB. atau Y.B.?

1. Peribahasa cicak makan kapur bermaksud 'Beroleh malu dalam suatu majlis kerana kesalahan sendiri'.

2. Peribahasa belanda kesiangan bermaksud 'Orang yang bertingkah laku seperti orang putih'.

3. Ejaan/singkatan yang betul ialah YB

Tatabahasa27.01.2011
Pokok melaka dan meranti temak nipis, adakah huruf awalannya huruf besar atau huruf kecil jika berada di tengah ayat? Saya masih keliru dengan ejaan nama pokok terutama yang menggunakan nama negeri/negara. Begitu juga dengan durian belanda.Merujuk pangkalan data kami nama-nama pokok termasuklah meranti, meranti tembaga dan durian belanda ditulis dengan huruf kecil.Ejaan10.07.2012
Adakah perkataan "awas" kata pinjaman dari bahasa Inggeris atau bahasa Belanda "avast" yang membawa maksud yang lebih kurang sama dengan maksud "awas" dalam bahasa Melayu?Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) tidak merakamkan kajian asal usul kata atau maklumat etimologi bagi kata "awas". Daripada rujukan sepintas lalu, kata ini telah terakam dalam kamus bahasa Melayu dengan beberapa makna yang membolehkan kata ini bersifat kata pinjaman atau sebaliknya kata warisan. Kajian lanjut perlu dilaksanakan mengikut peraturan dan rumus, serta mendapat pengesahan pakar dalam bidang tersebut.Lain-lain28.01.2024
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Adakah perkataan-perkataan bertanda IB atau Indonesia Belanda boleh digunakan dalam penulisan formal bahasa Melayu atau hanya disertakan untuk tujuan rujukan? Terima kasih.
Perkataan yang terakam dalam Kamus Dewan yang ditandai dengan IB tidak digalakkan digunakan dalam penulisan rasmi. Pengguna bahasa di Malaysia, perlulah mengutamakan penggunaan bahasa Melayu dalam penulisan dan mengikut konteks bidang tertentu. 
Tatabahasa14.02.2021
apakah maksud legasi?

Menurut Kamus Dewan, Edisi Keempat 'legasi'  merupakan perkataan Indonesia Belanda yang bermaksud perwakilan negara di luar negara (tarafnya lebih rendah drpd kedutaan besar). Menurut Kamus Melayu Inggeris Dewan legasi membawa tiga maksud 1.  pusaka, hartapeninggalan (contoh ayat: Tanah itu ialah pusaka drpd datuk neneknya.); 2. warisan (contoh ayat: Orang-orang zaman Ratu Elizabeth meninggalkan warisan kesusasteraan yang kaya kepada kita.); 3.  kesan (contoh ayat: Kucar-kacir dalam masyarakat ialah salah satu kesan buruk peperangan).


 

Tatabahasa17.01.2013
12345

Kembali ke atas