Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. = negeri ~ negeri yg letaknya di Eropah Barat; 2. = orang ~ penduduk negeri Belanda; 3. = bahasa ~ bahasa penduduk Belanda; ~ hitam Id, bp orang Negro; bagai ~ minta tanah prb (sesudah) diberi sedikit, minta lagi banyak; spt ~ kesiangan prb bertingkah laku spt orang Belanda; tidak mati oleh ~ prb orang yg telah kaya betul tidak akan jatuh miskin lagi (walaupun rugi dlm perniagaan dll);membelandakan 1. menjadikan bersifat spt orang Belanda; 2. menterjemahkan ke dlm bahasa Belanda; 3. Id menyamakan haknya dgn warganegara Belanda; kebelanda-belandaan Id bertingkah laku spt orang Belanda, kebarat-baratan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belanda

Puisi
 

Inderagiri Kota Belanda,
     Orang Acheh menanam buluh;
Memang untung berkahwin janda,
     Anak besar boleh disuruh.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Umpama Belanda kesiangan.

Bermaksud :

Orang yang bertingkah laku seperti orang putih.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SYARIKAT HINDIA BARAT BELANDA

Syarikat Hindia Barat Belanda ditubuhkan

oleh ahli perniagaan Belanda dan dipiagamkan

oleh kerajaan Belanda pada tahun 1621. Syarikat ini

diberikan hak istimewa untuk berniaga dan

menakluki kawasan di Amerika Utara, Hindia Barat

dan Afrika untuk selama 24 tahun. Tanah jajahan

New Netherland termasuk sebahagian negeri-negeri

yang kini dikenali sebagai New York, New

Jersey, Delaware, dan Connecticut. Tanah jajahan

ini ditubuhkan oleh Syarikat Hindia Barat Belanda

dan beribu pejabat di New Amsterdam (kini New

York City). Lihat juga New Netherland.

UMUM 
SYARIKAT HINDIA TIMUR BELANDA

Syarikat Hindia Timur Belanda merupakan

syarikat perniagaan yang berkuasa yang membantu

menubuhkan pemerintahan Belanda di Indonesia.

Pada tahun 1602, kerajaan Belanda memberikan

syarikat ini taraf monopoli dalam perdagangan antara

Asia dengan Belanda. Syarikat ini juga memperoleh

kuasa yang luas dalam aspek pemerintahan dan

ketenteraan, termasuklah hak untuk memerintah dan

melakukan peperangan di Asia.

UMUM 
ANTILLES BELANDA

Antilles Belanda , juga dikenali sebagai Dutch

Antilles atau Hindia Timur Belanda, ialah

sebahagian daripada Kerajaan Belanda yang

terletak di Laut Caribbean. Wilayah ini

mengandungi dua kumpulan pulau. Satu

kumpulan terletak kira-kira 80 kilometer daripada

pantai Venezuela. Satu kumpulan pulau lagi

terletak kira-kira 800 kilometer dari timur laut

kumpulan pulau pertama dan lebih kurang 255

kilometer di timur Puerto Rico.

UMUM 
TIKUS BELANDA

Tikus belanda ialah mamalia kecil di Amerika

Selatan. Ia adalah sejenis cavy liar yang dijinakkan.

Ahli sains menggunakan haiwan ini dalam

eksperimen yang banyak ubat. Tikus belanda juga

digunakan untuk penyelidikan dalam bidang

kelakuan, keturunan, dan pemakanan. Tikus

belanda menjadi haiwan kesayangan yang baik

kerana ia jarang menggigit dan mudah dijaga.

Tikus belanda adalah rodensia, seperti beaver ,

tikus dan tupai. Tikus belanda panjangnya dari 25

sentimeter hingga 35 sentimeter dan beratnya

lebih kurang 0.5 kilogram. Ia mempunyai kepala

yang besar, telinga yang kecil dan kaki yang

pendek. Kebanyakan tikus belanda yang semula

jadi mempunyai bulu berwarna perang atau kelabu

yang panjang, kasar.

UMUM 
PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA (1824)

Perjanjian Inggeris-Belanda (1824).

Perjanjian antara British dengan Belanda bagi

menyelesaikan masalah hubungan antara kedua-

duanya. Perjanjian ini ditandatangani pada bulan

Mac 1824. Masalah timbul apabila Singapura dan

pulau-pulau yang berhampiran dengannya diambil

oleh pihak British. Keadaan ini menyebabkan

timbulnya pertelagahan antara British dengan

Belanda. Britain juga bimbang jika pertelagahan

akan membawa kepada peperangan terbuka.

Suasana politik di Eropah ketika itu juga

menyebabkan kedua-dua pihak perlu mencari jalan

penyelesaian segera. Justeru itu, perjanjian ini

dimeterai.

UMUM 
KETUHAR BELANDA

Ketuhar belanda ialah periuk masak bertutup

yang dibuat daripada logam. Ketuhar belanda

moden biasanya dibuat daripada aluminium.

UMUM 
AYAM BELANDA

Ayam belanda ialah nama dua spesies burung

Amerika Syarikat yang ada kaitan dengan ayam,

merak, dan kuang bayas. Orang Asli Amerika

menternak ayam belanda sebagai sumber makanan

sejak tahun 1000 M.

UMUM 
PENGAJIAN MELAYU DI BELANDAPENGAJIAN Melayu DI BELANDA, pusat pengajian bahasa Melayu.  Bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran di Universiti Leiden mulai tahun 1876, dalam rangka pengembangan pengajian bahasa, budaya dan sastera Indonesia.  Pengembangan itu berkaitan langsung dengan peluasan dan pengintensifan pentadbiran Belanda di Hidia Belanda.  Di samping bahasa Melayu, diajarkan juga bahasa Jawa, ilmu bangsa-bangsa Indonesia, sejarah Indonesia dan ilmu undang-undang Indonesia.   Pada bahagian pertama abad ke-20, bidang pengajian Indonesia semakin berkembang.  Pengkaji pertama untuk bahasa Melayu ialah J. Pijnappel (1877-1889), H.C. Klinkert (1890-1905), Ch.A. van Ophuysen (1904-1917), dan Ph.S. van Ronkel (1919-1940).  Sebelum pengajian bahasa Asia, Universiti Leiden memberi penumpuan kepada bahasa Ibrani, Arab dan Parsi.  Pada abad ke-19, Bahagian Sastera Timur Fakulti Sastera diperluas, mencukupi bahasa Sanskrit, kemudian bahasa Jepun.BAHASABahasa
PERJANJIAN BELANDA-JOHOR

PERJANJIAN BELANDA-JOHOR (1639), kontrak yang ditandatangani oleh Laksamana Johor, bagi pihak sultan, dengan Philips Lucasz, iaitu pegawai Syarikat Hindia Timur Belanda di Patani.  Dalam kontrak ini, Johor berjanji akan membantu orang Belanda menyerang Portugis di Melaka.  Sebagai balasan, Belanda bersetuju menolong kerajaan Johor membina kota di Batu Sawar (di Sungai Johor) dan melindungi Johor daripada orang Aceh dan Portugis.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
PENYAKIT ELM BELANDA UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas