Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. = negeri ~ negeri yg letaknya di Eropah Barat; 2. = orang ~ penduduk negeri Belanda; 3. = bahasa ~ bahasa penduduk Belanda; ~ hitam Id, bp orang Negro; bagai ~ minta tanah prb (sesudah) diberi sedikit, minta lagi banyak; spt ~ kesiangan prb bertingkah laku spt orang Belanda; tidak mati oleh ~ prb orang yg telah kaya betul tidak akan jatuh miskin lagi (walaupun rugi dlm perniagaan dll);membelandakan 1. menjadikan bersifat spt orang Belanda; 2. menterjemahkan ke dlm bahasa Belanda; 3. Id menyamakan haknya dgn warganegara Belanda; kebelanda-belandaan Id bertingkah laku spt orang Belanda, kebarat-baratan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belanda

Puisi
 

Inderagiri Kota Belanda,
     Orang Acheh menanam buluh;
Memang untung berkahwin janda,
     Anak besar boleh disuruh.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Umpama Belanda kesiangan.

Bermaksud :

Orang yang bertingkah laku seperti orang putih.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Dari Acheh perang Belanda, Belanda banyak beribu-ribu; Cerailah kasih kepada kanda, Dindalah jangan mata bankudu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Inderagiri Kota Belanda, Orang Acheh menanam buluh; Memang untung berkahwin janda, Anak besar boleh disuruh.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Angin berdengung Laut Belanda, Singgah berlabuh hujung Tanjung; Antara belum porak peranda, Turun layar baik berlindung.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Hari Ahad minggu Belanda, Kapitan Cina bergelang kaki; Cuba ditanya pengubat lama, Bolehkah tidak kembali lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa diharap padi Belanda, Tempat semut buat sarang; Apa diharap pada kakanda, Tiada harta bangsa pun kurang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak Cina anak Belanda, Pulang terbang Batu Lintan; Jikalau kena dengan cara, Nyawa dan badan saya berikan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jika berburu di bukit Belanda, Tidak kita ke Surabaya; Jika ilmu penuh di dada, Tidak kita mudah terpedaya.Pantun Melayu SarawakNasihat
Anak laksamana bermain pedang, Anak Belanda mencukur janggut; Membuang tuba di tengah padang, Anak mati di tengah laut.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Tengah malam ke Pulau Pinang, Anak Belanda turun ke kapal; Tengah malam adinda terkenang, Air mata turun ke bantal.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kelip-kelip api di pantai, Anak Belanda memasang pelita; Air mata menitis ke bantal, Baru kusedar hatiku cinta.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas