Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. = negeri ~ negeri yg letaknya di Eropah Barat; 2. = orang ~ penduduk negeri Belanda; 3. = bahasa ~ bahasa penduduk Belanda; ~ hitam Id, bp orang Negro; bagai ~ minta tanah prb (sesudah) diberi sedikit, minta lagi banyak; spt ~ kesiangan prb bertingkah laku spt orang Belanda; tidak mati oleh ~ prb orang yg telah kaya betul tidak akan jatuh miskin lagi (walaupun rugi dlm perniagaan dll);membelandakan 1. menjadikan bersifat spt orang Belanda; 2. menterjemahkan ke dlm bahasa Belanda; 3. Id menyamakan haknya dgn warganegara Belanda; kebelanda-belandaan Id bertingkah laku spt orang Belanda, kebarat-baratan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belanda

Puisi
 

Inderagiri Kota Belanda,
     Orang Acheh menanam buluh;
Memang untung berkahwin janda,
     Anak besar boleh disuruh.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Umpama Belanda kesiangan.

Bermaksud :

Orang yang bertingkah laku seperti orang putih.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seperti Belanda minta tanah.Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah, b. Diberi betis hendak paha, c. Diberi sejengkal hendak sehasta, diberi sehasta hendak sedepa).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Umpama Belanda kesiangan.Orang yang bertingkah laku seperti orang putih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dulu permata intan, sekarang batu Belanda.Orang berpangkat yang telah diturunkan pangkatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dulu besi, sekarang timah, b. Dulu intan, sekarang jadi batu buatan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah.Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti Belanda minta tanah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Diberi betis hendak paha.Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah, b. Seperti Belanda minta tanah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Diberi sejengkal hendak sehasta, diberi sehasta hendak sedepa.Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah, b. Seperti Belanda minta tanah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas