Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.lang] | بلڠ

Definisi : (bélang) belok, kelok;berbelang; ~-belok berkelok-kelok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lang] | بلڠ

Definisi : 1. jalur-jalur yg lain warnanya drpd warna dasar: kucing ~; kuda ~; pak ~ harimau; 2. ki noda, cacat, perangai (yg buruk); menunjukkan ~nya a) memperlihatkan sifatnya (yg sebenar); b) memperlihatkan kekuasaannya; harimau menunjukkan ~nya prb orang yg memperlihatkan kekuasaannya; orang mati meninggalkan nama, harimau mati meninggalkan ~nya prb orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama buruk;berbelang mempunyai belang: tapak catur ~ putih hitam;berbelang-belang mempunyai belang yg banyak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lang] | بلڠ

Definisi : warna yg lebih drpd satu dan berjalur-jalur atau berpetak-petak bentuknya; loreng yg berwarna-warni: harimau ~. berbelang mempunyai belang. berbelang-belang mempunyai belang yg banyak: Bajunya ~ hitam putih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belang

Puisi
 

Kayu mati patah tergalang,
     Anak helang tersangkut betisnya;
Harimau mati tinggalkan belang,
     Dari belang datang bengisnya.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Harimau mati meninggalkan belang,
     gajah mati meninggalkan daging,
manusia mati meninggalkan nama.

Bermaksud :

Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
genusgenusKategori taksonomi yang terdiri daripada spesies yang mempunyai beberapa ciri yang serupa. Contohnya, harimau bintang (Panthera pardus) dan harimau belang (Panthera tigris) daripada genus yang sama tetapi spesies yang berlainan. Lihat RajahMenengah Atas

Kembali ke atas