Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.la.nga] | بلاڠا

Definisi : periuk yg dibuat drpd tanah (utk memasak sayur dll); memancing dlm ~ prb mencari keuntungan pd keluarga (sahabat) sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.nga] | بلاڠا

Definisi : sj periuk bermulut besar yg dibuat drpd tanah liat dan biasanya digunakan sbg bekas memasak gulai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belanga

Puisi
 

Tiup api periuk belanga,
     Tempat memasak daging kerbau;
Abang pergi janganlah lama,
     Adik tinggal tidaklah dihirau.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Periuk mengumpat belanga.

Bermaksud :

Orang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kata periuk belanga hitam, b. Kuali mengatakan belanga hitam).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
RESTORAN BELANGA JOM BER- SHELLOUT HARGA RM 35.00 RM 70.00 RM 13.50Sila buat permohonan iklan melalui http://dbpsahbahasa.my/ untuk pengesahan bahasa dalam iklan.Lain-lain13.09.2018
RESTORAN BELANGA BUFET STEAMBOAT GRILL HARGA PROMOSI RM 24.90Sila buat permohonan iklan melalui http://dbpsahbahasa.my/ untuk pengesahan bahasa dalam iklan.Lain-lain13.09.2018
Adakah prkataan " claypot" tidak terkandung dalam kamus dewan bahasa. saya dapati majlis daerah kulai tidak memberi kelulusan lesen di sebankan perkataan claypot adalah bahasa english. Saya pihak tuan boleh memberi penjelasan. Fyi. RESTORAN Asam pedas claypot sudah mendapat kelulusan hanya majlis daerah mempersoalkan bahasa Claypot terhadap kami.Padanan claypot dalam bahasa Melayu ialah belanga. Dalam ungkapan umum, perkataan claypot perlu ditukarkan kepada belanga, namun jka kata nama khas seperti nama kedai, perkataan tersebut boleh dikekalkan. Sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Penyemakan dan penterjemahan19.08.2016
Apakah terjemahan dalam BM bagi perkataan : 1. claypot. 2. sizzling. Kedua-dua perkataan ini sering digunakan dalam menu makanan. Contohnya, mi sizzling atau nasi ayam claypot.Terjemahan dalam bahasa Melayu untuk "calypot" dan "sizzling" untuk contoh yang diberikan ialah:

Hidangan Mi Berdesir

Nasi Ayam Belanga
Makna09.11.2020
CONTOH NILAI MURNI DALAM PANTUN MELAYU. HURAIKAN TENTANG GAYA BAHASA DALAM CERPEN?

Nilai-nilai murni dalam pantun secara umumnya ialah nilai-nilai baik yang boleh dijadi panduan. Contoh nilai murni dalam pantun di bawah:

Baju Melayu butangnya lima,

Datangnya asal di Teluk Belanga;

Jangan tuan suka menghina,

Kita sama-sama hidup di dunia.

Dalam pantun di atas, nilai murni dapat dilihat dalam bahagian maksud pantun, iaitu baris ketiga dan keempat yang mengingkat kita tentang perbuatan menghina sesama sendiri yang tidak membawa manfaat dengan ingat kita hanya manusia biasa yang tertu sahaja ada melakukan kesalahan.

 

Gaya atau gaya bahasa dikenal dalam ilmu retori dengan istilah style. kata style adalah kata yang diambil dari kata Latin, iaitu stilus.  Secara umum untuk meneliti gaya bahasa dalam sesebuah cerpen dalam dilihat daripada pemilihan diksi atau pemilihan kata yang boleh pula dibahagian kepada beberapa ciri seperti klimaks, antiklimaks, paralisme, antitesis repetisi dan sebagai. Cadangan sila rujuk buku gaya bahasa. sekian, terima kasih.

 

Lain-lain08.01.2009
saya ingin tanya tentang pelipur lara.jenis,bentuk,peranan dan lain-lain yang berkenaan dengan pelipur lara.harap anda dapat membantu.terima kasih

Pelipur lara ialah orang yang pandai bercerita dengan panjang lebar dan pandai menyampaikan cerita sehingga boleh menarik perhatian pendengar( khalayak). Secara umum, orang yang menyampaikan sesuatu cerita (pada waktu dahulu) dikenali sebagai penglipur lara, namun terdapat nama lain atau panggilan lagi kepada pencerita berdasarkan daerah atau negeri. Contohnya di Perlis dan Langkawi di panggil Awang Batil atau Awang Belanga. Di Kedah pula dipanggil Tuk Jubang, sedangkan di Kelantan digelar Tuk Selampit dan di Pahang di panggil Pencerita sahaja.

Jenis-jenis cerita penglipur lara yang selalu dituturkan ialah Hikayat Raja Muda, Hikayat Malim Deman, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Terung Pipit dan beberapa lagi hikayat yang sangat popular dalam kalangan masyarakat dahulu.

Bentuk cerita penglipur lara mudah dan lurus. pada umumnya bentuk ceritanya terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu kelahiran wira, pengembaraan wira dan kejayaan wira dalam pengembaraan dan pulang ke negeri asalnya.

 

Lain-lain23.04.2008
Salam.. Adakah semua perkataan berikut di bawah boleh dikategorikan sebagai simpulan bahasa? Mohon penjelasan pihak DBP. 1.abad komputer 2.abang ipar 3.abang kandung 4.abang kendong 5.abang sanak ayah 6.abang sanak ibu 7.abang saudara 8.abang sepupu 9.abang tiri 10.abilah peringgi 11.baju dalam 12.baju dingin 13.baju hujan 14.baju jas 15.baju Johor 16.baju kahwin 17.baju kebal 18.baju kebaya 19.baju kelepak 20.baju kemeja 21.baju kepuk 22.baju kotong 23.baju kuntum 24.baju kurung 25.baju lasak 26.baju monyet 27.baju panas 28.baju sejuk 29.baju seroja 30.baju teluk belanga 31.baju teratai Terima Kasih.Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan-perkataan yang membentuknya seperti kaki ayam yang bemaksud orang yang tidak memakai kasut dan tangkai jering bermaksud orang yang kedekut. Contoh perkataan yang saudara berikan tidak termasuk dalam kumpulan simpulan bahasa.Tatabahasa23.11.2012
soalan pertama 1. Beliau dianggap sebagai perwira atau pahlawan negeri Sarawak. 2. Beliau dianggap sebagai perwira atau pahlawan Negeri Sarawak. soalan saya: Merujuk kepada ayat di atas, penggunaan negeri Sarawak atau Negeri Sarawak betul? Ayat 1 atau ayat 2 yang betul. Soalan kedua 1. Orang Melayu memakai baju Melayu. 2. Orang Melayu memakai Baju Melayu. Soalan saya Merujuk kepada ayat diatas pengggunaan baju Melayu atau Baju Melayu betul? Ayat 1 atau ayat 2 yang betul? Soalan ketiga 1. Beliau ialah Guru Besar sekolah saya. 2. Beliau ialah guru besar sekolah saya. Soalan saya Merujuk kepada ayat diatas, penggunaan guru besar atau Guru Besar betul? Ayat 1 atau ayat 2 betul? Soalan keempat 1.Yoyo Cina ialah sejenis permainan tradisional kaum Cina. 2. Yoyo Cina ialah sejenis permainan tradisional Kaum Cina. Soalan saya Merujuk kepada ayat diatas penggunaan Kaum Cina atau kaum Cina betul?ayat 1 atau ayat 2 yang betul? Sekian terima kasih. Tan Foo Sian

Saudara,

Jawapan yang tepat ialah:

1. Ayat pertama jawapan yang betul ialah, 'negeri Sarawak' Penggunaan huruf besar pada perkataan 'negeri' apabila terletak di pangkal ayat sahaja kecuali pada kata nama khas misalnya 'Negeri Sembilan'

2.
 Ayat kedua jawapan yang tepat adalah 'baju Melayu'. Namun, sekiranya Baju Melayu Cekak Musang, Baju Melayu Teluk Belanga pula,  perlu ditulis dengan huruf besar kerana baju tersebut dikategorikan sebagai kata nama khas bagi pakaian tersebut.

3. Ayat yang betul ialah 'guru besar'. Berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia, huruf besar digunakan sebagai huruf pertama unsur nama jawatan dan pangkat yang diikuti nama orang. Berdasarkan pertanyaan saudara, guru besar merupakan kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil. Walau bagaimanapun, dalam teks ucapan atau dalam majlis tertentu, guru besar boleh ditulis dengan huruf besar kerana kerana kata tersebut dijadikan panggilan khas untuk merujuk orang tertentu yang berada dalam sesuatu majlis.

4. Jawapan yang tepat ialah 'kaum Cina'

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.

Tatabahasa13.08.2012

Kembali ke atas