Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.la.nga] | بلاڠا

Definisi : periuk yg dibuat drpd tanah (utk memasak sayur dll); memancing dlm ~ prb mencari keuntungan pd keluarga (sahabat) sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.nga] | بلاڠا

Definisi : sj periuk bermulut besar yg dibuat drpd tanah liat dan biasanya digunakan sbg bekas memasak gulai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belanga

Puisi
 

Tiup api periuk belanga,
     Tempat memasak daging kerbau;
Abang pergi janganlah lama,
     Adik tinggal tidaklah dihirau.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Periuk mengumpat belanga.

Bermaksud :

Orang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kata periuk belanga hitam, b. Kuali mengatakan belanga hitam).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TELUK BELANGA

TELUK BELANGA, petempatan Temenggung Abdul Rahman dan pengikutnya selepas British menduduki Singapura. Teluk Belanga terletak di bahagian barat Sungai Singapura. Kawasan ini juga dinamakan Kampung Bahru atau Kampung Temenggung. Teluk Belanga pada mulanya ialah kawasan paya bakau, tetapi ia menjadi projek pertama pembangunan semula bandar di Singapura pada 14 Mac 1823, apabila Temenggung Abdul Rahman dan pengikutnya ditempatkan di sana. Namanya mengambil sempena nama ‘belanga’ yang kelihatan muncul di

perairannya ketika Temenggung Abdul Rahman dan pengikutnya berpindah ke sana. Selain itu, dikatakan adanya sebuah busung dalam bentuk ‘belanga’ di kawasan tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
MAKTAB MELAYU TELUK BELANGA

MAKTAB MELAYU TELUK BELANGA, maktab perguruan Melayu pertama bagi Negeri-Negeri Selat. Maktab ini ditubuhkan pada tahun 1878 di Teluk Belanga, Singapura. Penubuhan maktab ini bertujuan untuk melatih guru lelaki bagi sekolah-sekolah vernakular Melayu di Negeri-Negeri Selat sebagai kesan daripada perkembangan sekolah vernakular Melayu yang agak baik. Sebelum tertubuhnya maktab ini, satu usaha telah dibuat oleh Rev. Keasberry untuk melatih guru-guru bagi sekolah vernakular Melayu Singapura dengan peruntukan $2400 dari Negeri-Negeri Selat. Dia telah menggunakan rumahnya untuk dijadikan maktab tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MUHAMMAD SAID HAJI SULEIMAN, DATO'

MUHAMMAD SAID HAJI SULEIMAN, Dato’ (1876-1966), tokoh persuratan Melayu Johor. Muhammad Said lahir di Teluk Belanga, Singapura. Dia mendapat pendidikan sewaktu berusia lima tahun di Sekolah Melayu Teluk Belanga dab belajar bahasa Inggeris semasa dalam Darjah Tiga di sekolah melayu, di Sekolah Inggeris cawangan Kampung Baru pada sebelah petang. Dia meneruskan pendidikan Inggeris selepas tamat Darjah Empat sekolah Melayu, di Sekolah Inggeris Raffles (Raffles School) dan di Sekolah Anglo-Chinese Singapura hingga Darjah Tujuh.

BAHASATokoh
MAHMUD WAHID

MAHMUD WAHID (1903 – 1992), penglipur lara. Dia juga dikenal sebagai Awang Belanga atau Awang Batil. Dia lahir pada tahun 1903, di Kampung Gunung, Utan Aji, Perlis dan menetap di Kampung Pokok Sena, Chuping, Perlis. Walaupun berpendidikan setakat Darjah Tiga sekolah Melayu, Mahmud boleh menulis, membaca Jawi dan bertutur dalam bahasa Siam. Ayahnya pemain makyung, yang berasal dari Kampung Pulau Pisang, Jitra, Kedah, manakala ibunya berasal dari daerah Setol, selatan Thailand. Mahmud meninggalkan sekolahnya kerana berminat kepada jikey.

BUDAYATokoh
JAAFAR HAJI MOHAMAD, DATUK

JAAFAR HAJI MOHAMAD, Datuk (1838-1919), Menteri Besar Johor yang pertama semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar (1833-1893). Dia lahir di Teluk Belanga, Singapura. Dia mendapat pendidikan Melayu, agama dan Inggeris secara tidak formal di Singapura.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MOHD SAID SULAIMAN, DATO

Mohd. Said Sulaiman, Mejar Dato’ (1876-1955), tokoh persuratan Melayu. Beliau dilahirkan pada 7 Oktober 1876 di Teluk Belanga, Singapura.

BAHASATokoh
BAJU KURUNG

BAJU KURUNG, pakaian tradisional orang Melayu di Semenanjung Malaysia. Baju ini dikenal juga sebagai baju melayu. Terdapat dua jenis baju kurung iaitu baju kurung teluk belanga dan baju kurung cekak musang. Baju ini sesuai dipakai oleh semua golongan masyarakat tua dan muda, terutama untuk menghadiri majlis atau upacara rasmi. Selain itu, terdapat sejenis lagi baju kurung yang dipakai oleh wanita Melayu di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang yang dinamakan baju kurung kedah. Terdapat beberapa perbezaan kecil antara ketiga-tiga jenis baju kurung ini, iaitu dari segi potongan dan cara memakai.

BUDAYAPakaian
MOHAMAD SALLEH PERANG, DATO' BENTARA LUAR

MOHAMAD SALLEH PERANG, DATO’ BENTARA LUAR (1841-1915), pentadbir.  Dia lahir di Teluk Belanga, Singapura.  Dia mendapat pendidikan agama dan Inggeris di Singapura.  Keluarganya berkhidmat sebagai panglima raja kerajaan Johor dan menjadi Temenggung Johor apabila kerajaan Johor dan Riau-Lingga berpecah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
BAJU MELAYU

Baju Melayu, pakaian kebangsaan lelaki Melayu. Pakaian ini terdiri daripada baju Teluk Belanga atau baju cekak musang dengan seluar panjang serta dilengkapi samping dan songkok. Baju Melayu biasanya dipakai sebagai pakaian harian terutamanya untuk bersembahyang dan untuk ke pejabat pada hari Jumaat, untuk majlis formal, dan sebagai pakaian adat.

KESENIANArtifak/Mentifak
MAKANAN REBUS

MAKANAN REBUS, makanan yang dimasak di dalam air yang mendidih, atau tanpa menggunakan minyak. Antara makanan yang direbus ialah lauk-pauk dan sayur-sayuran. Makanan lain ialah asam rebus, pindang, singgang, asam pedas, kuah laksa utara dan masak bening. Merebus boleh dilakukan di dalam periuk atau belanga.

BUDAYAMakanan
12

Kembali ke atas