Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.la.nga] | بلاڠا

Definisi : periuk yg dibuat drpd tanah (utk memasak sayur dll); memancing dlm ~ prb mencari keuntungan pd keluarga (sahabat) sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.nga] | بلاڠا

Definisi : sj periuk bermulut besar yg dibuat drpd tanah liat dan biasanya digunakan sbg bekas memasak gulai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belanga

Puisi
 

Tiup api periuk belanga,
     Tempat memasak daging kerbau;
Abang pergi janganlah lama,
     Adik tinggal tidaklah dihirau.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Periuk mengumpat belanga.

Bermaksud :

Orang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kata periuk belanga hitam, b. Kuali mengatakan belanga hitam).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
berencong MBrkain samping.Pakaian lelaki selalunya pakaian asli orang-orang Berunai, iaitu berpakaian baju Teluk Belanga yang diperbuat daripada kain sutera sebarang warna; berencong - daripada kain satin yang berkilat warnanya, berdastar yang diperbuat daripada kain yang disulami dengan benang-benang emas yang beraneka warna.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas