Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj ketam (betina) yg besar dan berekor spt sangkur (biasanya didapati berpasang-pasangan), Limulus moluccanus; ekor ~ pedang (sangkur dll) yg berbentuk ekor; yu ~ sj ikan laut, kebas, pari karas, pari serban, Narke dyterygia; macam ~ ki selalu berdua-duaan (pemuda-pemudi dll); bagai keroncor dgn ~ prb sepakat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belangkas I

Puisi
 

Air mawar jatuh ke laut,
     Gulai itik sama belangkas;
Apa soalnya tidak disahut,
     Adinda belum tahu membalas.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
horseshoe crab (female)belangkas (betina)PerikananTiadaTiada
mock limetelur belangkasPertanianTiadaTiada
horseshoe crab amoebocyte testujian amebosit belangkasVeterinarTiadaTiada
gill bookbuku insangBiologiHistologi dan SitologiOrgan pernafasan menyerupai kuras buku seperti yang terdapat pada belangkas (Xiphosura). Di celah-celah helaian buku inilah air beredar.
limulus amoebocyte lisate (LAL test)ujian limulus amebosit lisat (LAL)FarmasiFarmaseutikUjian untuk memastikan tiada kehadiran pirogen di dalam cecair suntikan. Bahan ujian menggunakan darah daripada belangkas untuk bertindak balas dengan endotoksin bagi membentuk satu gel.
rheophytereofitBiologiEkologiTumbuhan yang hidup di tepi atau di dalam sungai. Lazimnya tumbuhan ini mempunyai akar yang mencengkam atau menjalar di celah-celah batu, dan daun yang bersaiz kecil dan sempit. Misalnya, pokok telur belangkas, Aglaia sp.
sesenduksesendukPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Endospermum spp.. daripada famili Euphorbiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah incung perlis, membulan, dan senduk-senduk, di Sabah ialah senduk atau senduk-senduk, dan di Sarawak ialah ekor belangkas dan terbulan. Spesies utama kayu ini termasuk Endospermum malaccense dan E. peltatum. Gubal kayu sesenduk sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna kuning cerah ketika basah dan berubah menjadi coklat muda apabila terdedah. Tekstur kayunya agak kasar tetapi sekata dengan ira yang bersimpul, berpilin atau beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 305 hingga 655 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah dikerjakan, dikeringkan dan diawet, tetapi tidak tahan. Kayu sesenduk ini lembut dan sesuai untuk anak mancis, papan lukisan, dulang, barang permainan kayu, kotak, dan penyepit makanan.

Kembali ke atas