Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.lan.ja] | بلنجا

Definisi : 1. wang utk membeli (membayar) sesuatu: kerajaan telah banyak mengeluarkan ~ utk kebajikan masyarakat; 2. wang utk keperluan sehari-hari (utk membeli bahan makanan dll): barang kemasnya dijual utk dijadikan ~; 3. wang yg dibayar sbg upah atau gaji atas khidmat seseorang: ~ bidan; 4. bp = berbelanja membeli barang-barang: ia sedang ~ di pasar; 5. bp = membelanjai; ~ dapur a) = ~ hangus pemberian drpd pengantin laki-laki kpd pengantin perempuan (walinya dll) utk biaya perkahwinan; b) = ~ pasar = wang ~ wang utk membeli bahan makanan hari-hari; ~ hidup wang utk membeli barang keperluan hidup; ~ mati ark gaji yg telah ditentukan; ~ pos wang utk membiayai perbelanjaan mengirimkan sesuatu melalui pos; ~ terakru (Eko) perbelanjaan yg telah berlaku tetapi belum dibayar dan belum direkodkan pd akhir tempoh perakaunan; berbelanja 1. membeli barang-barang (utk keperluan rumah tangga): mereka ~ utk persiapan Hari Raya Puasa; 2. mengeluarkan wang (utk membayar dll): bukannya sedikit kerajaan ~ utk sekolah-sekolah;membelanjai 1. mengeluarkan wang utk orang lain atau diri sendiri, membiayai, menyara: siapa yg ~ adiknya jika ia tiada di sini? 2. = belanja mengeluarkan wang utk orang lain bukan sbg tanggungjawab tetapi hanya utk suka-suka atau utk merapatkan perhubungan (dgn rakan-rakan, adik-beradik, dll): dia ~ kawan-kawannya makan di Kajang ;membelanjakan mengeluarkan wang utk sesuatu keperluan: sedang dibuat rang undang-undang bkn dgn hal ~ wang negara; belanjaan Jw 1. benda-benda yg dibeli (di pasar dll); 2. berbelanja; perbelanjaan perihal berbelanja: kerana banyak membeli buah-buahan dr luar negeri, ~ makin meningkat; segala rang undang-undang dan ~ wang haruslah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Undangan; pembelanja orang yg suka berbelanja (biasanya secara boros). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lan.ja] | بلنجا

Definisi : 1 wang yg digunakan utk sesuatu tujuan: Perayaan menyambut Hari Kebangsaan itu telah memakan ~ yg besar. 2 = ~ pasar, = wang ~ wang yg digunakan utk keperluan sehari-hari: Saya menggunakan sepuluh ringgit saja utk ~ sehari. berbelanja 1 membeli barang-barang di kedai atau di pasar: Mereka ~ besar utk menyambut Hari Raya Puasa. 2 mengeluarkan wang utk membayar: Kerajaan telah ~ dgn banyaknya utk membina sekolah-sekolah. membelanjai mengeluarkan belanja utk seseorang; membiayai: Sewaktu saya bersekolah dahulu, abang sayalah yg ~ saya. membelanjakan mengeluarkan atau menggunakan wang utk sesuatu tujuan: Dia ~ wangnya utk pendidikan anak-anaknya. perbelanjaan 1 cara atau kaedah mengeluarkan wang; hal berbelanja. 2 apa-apa yg dibelanjakan: ~nya tiap-tiap bulan cuma dua ratus ringgit saja. pembelanjaan perbuatan, hal dsb membelanjai atau membelanjakan. pembelanja orang yg suka berbelanja. belanjawan anggaran pendapatan dan perbelanjaan utk sesuatu jangka waktu (terutama yg dibuat oleh pemerintah). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belanja

Puisi
 

Kuala Jengal pasir melayang,
     Nampak dari Teluk Belanja;
Saya sungguh berasa sayang,
     Di situ tempat hendak bermanja.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Rajin bekerja mudah belanja.

Bermaksud :

Orang yang rajin bekerja tentulah hidupnya senang.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
expensen 1. expenditure, cost, belanja: household ~s, belanja rumah; unless you cut down on ~s, you won’t be able to save, kecuali kamu tdk mengurangkan belanja, kamu tdk akan dapat menyimpan wang; the company will send you to Tokyo for training, all ~s paid, syarikat akan menghantar kamu ke Tokyo utk menjalani latihan, dan semua belanja ditanggung; 2. cause, occasion of spending, ( sst yg) memakan belanja: he considered it too much of an ~ to run two cars, dia menganggap menggunakan dua buah kereta memakan belanja yg banyak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
costvi incur expenditure, menelan belanja: the highway project ~s too much, projek lebuh raya ini menelan belanja yg begitu banyak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stand 3. (mainly colloq) treat (so.) to, belanja: Let me ~ you lunch, biar saya belanja kamu makan tengah hari;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
treatit is so’s ~, sso yg belanja: put your money away: this lunch is my ~, simpan duitmu: makan tengah hari ini saya yg belanja;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shell~ out, (colloq) mengeluarkan belanja, membayar: if you haven’t got any money I’ll have to ~ out again, jika kamu tdk ada wang saya terpaksa mengeluarkan belanja lagi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
treat6. pay for entertainment, food, etc of, membelanjai; (colloq) belanja: he ~ed us to a concert, dia membelanjai kami menonton konsert; don’t worry about the tickets let me ~ you, jangan risau ttg tiket, biar saya yg belanja; I am going to ~ myself to a holiday, saya hendak belanja diri sendiri pergi bercuti;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
expenseat so’s ~, a. paid by so., dgn belanja sso: he dines at expensive restaurants at the company’s ~, dia makan di restoran-restoran mewah dgn belanja syarikat itu; b. in order to laugh at, scorn etc so., mempersendakan sso: they had a good laugh at my ~, mereka ketawa puas-puas mempersendakan saya; at the ~ of st, sehingga /menjejaskan, [sst] terjejas/: he worked very hard for the next two years at the ~ of his health, dia bekerja bersungguh-sungguh pd dua tahun berikutannya sehingga menjejaskan kesihatannya; go to great ~, spend a lot of money, membelanjakan wang yg banyak; spare no ~, membelanjakan wang yg banyak: she spared no ~ to ensure that her guests had a marvellous time, dia membelanjakan wang yg banyak utk memastikan tetamu-tetamunya amat seronok.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pocket-moneyn 1. (UK) spending money given to a child, duit /belanja, poket/: the boy gets five ringgit a week ~, budak itu mendapat duit belanja sebanyak lima ringgit seminggu; 2. cash for small personal expenses, wang /saku, poket/: we need to have some ~ for our holiday, kita perlu ada wang saku utk pergi bercuti.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shout 2. (colloq) o’s turn to buy drinks for o’s companion, giliran [sso] utk belanja: it’s my ~ I think, rasanya ini giliran saya utk belanja;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
economicallyadv 1. thriftily, dgn /jimat, hemat, cermat/; 2. cheaply, tanpa /belanja yg banyak, banyak belanjanya/, dgn perbelanjaan yg /kecil, sedikit/: this machine can be ~ operated, mesin ini boleh dikendalikan tanpa belanja yg banyak; 3. from an economic standpoint, dr segi ekonomi: a country that is politically and ~ independent, sebuah negara yg bebas dr segi politik dan ekonomi; an ~ viable scheme, rancangan yg berdaya maju dr segi ekonomi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas