Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belanja 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat manakah betul penggunaan penanda wacana memberi contoh? 1. Contohnya, baju, makanan, minuman dan duit belanja. 2. Sebagai contohnya, baju, makanan, minuman dan duit belanja. Mohon penjelasan. Terima kasih.Contohnya, baju, makanan, minuman dan duit belanja. Sebagai contohnya, baju, makanan, minuman dan duit belanja. Kedua-dua ayat ini boleh digunakan.Tatabahasa29.04.2015
Apakah padanan bahasa inggeris yang sesuai bagi menerjemah ayat/istilah ini: 1. Hantaran Kahwin 2. Mas Kahwin 3. Belanja Kahwin 5. Berbalas Hantaran 6. Wang Hantaran 7. Akad Nikah 8. Nafkah 9. Nafkah Zahir dan Batin 10.Duduk bersimpuh 11. Pernikahan Kali ke? 12. Isteri ke? tema istilah, perkahwinan dan pernikah sekian terima kasih.Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Penyemakan dan penterjemahan28.03.2022
apakah padanan yang sesuai bagi menerjemah ayat/perkataan ini kepada bahasa inggeris: 1. Maklumat Wali 2. Maklumat Saksi 3. Perakuan Ta'liq 4. Belanja Hantaran 5. maklumat pasangan 6. tertalaq dia dengan cara talaq Khul' (tebus talaq) untuk makluman ayat ini digunapakai dalam sijil perakuan perkahwinan negeri selangorUntuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Penyemakan dan penterjemahan28.03.2022
Mohon pengesahan sama ada terjemahan bagi perkataan “outgoings” dan konteks ayat di bawah adalah tepat. Apakah padanan lain yang difikirkan sesuai bagi perkataan “outgoings”. Teks Bahasa Inggeris 23. (1) A fund to be known as the Co-operative Institute of Malaysia Fund (hereinafter referred to as the “Fund”) is established— (a) from which shall be paid such outgoings as are directed by this Act to be paid out of the Fund; Teks Bahasa Melayu 23. (1) Suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Institut Koperasi Malaysia (kemudian daripada ini disebut “Kumpulan Wang”) ditubuhkan— (a) yang daripadanya hendaklah dibayar apa-apa belanja pasti sebagaimana yang diarahkan oleh Akta ini supaya dibayar daripada Kumpulan Wang;Padanan bahasa Melayu bagi "outgoings" dalam konteks ayat tersebut ialah belanja pasti atau bayaran pasti.Lain-lain22.10.2021
Mohon pencerahan berhubung : 1. Perbezaan kata 'memerhatikan' dengan 'memperhatikan' dan cth penggunaan yang tepat. 2. penggunaan kata 'memakan', 'memakankan', dan 'makan'. Terima kasih

Jawapan 1

Mengikut takrifan Kamus Dewan Edisi Keempat memperhatikan sama maksud dengan memerhatikan.

Memperhatikan ialah kata terbitan daripada kata dasar hati dan ditambah apitan memper_kan, manakala memerhati ialah kata terbitan daripada kata dasar perhati dan ditambah awalan me_kan,dan kedua-duanya membawa makna yang sama, iaitu mengendahkan.

Penggunaan yang betul ialah “memerhatikan” yang bermaksud mempedulikan, mengendahkan, menaruh minat, mengawasi, atau menjaga. Kata “memperhatikan” tidak digunakan kerana awalan 'Memper -'  lazimnya digabungkan dengan kata nama (memper + alat = memperalat), kata adjektif (memper + besar = memperbesar), dan kata sendi (memper + oleh = memperoleh).

Contoh ayat ialah Pegawai polis sedang memerhatikan setiap pergerakan penjenayah itu semenjak minggu lepas.

 

Jawapan 2

Memakan

Perkataan memakan biasanya digunakan dalam menyampaikan maksud mengambil (contoh ayat, Proses baik pulih rumah itu memakan masa enam bulan), merosakkan, membinasakan, memusnahkan (contoh ayat, Anai-anai telah memakan tiang rumah usang itu), dan mematikan (contoph ayat, Dalam permainan dam aji, pemain yang dapat memakan lawannya yang paling banyak dinobatkan sebagai pemenang)

Memakankan

Perkataan memakankan mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat mempunyai dua maksud. Pertama, memasukkan benang pakan pada kain yang ditenun. Kedua, mengusahakan supaya sesuatu dimakan atau memakan untuk seseorang.

Makan

Perkataan makan digunakan untuk menyampaikan pelbagai maksud. Pertama, bermaksud memamah serta menelan makanan atau mengunyah sesuatu. Kedua, merujuk kepada rezeki (contoh ayat, Dia tidak dapat mencari makan hari ini kerana teksinya rosak). Ketiga, bermaksud menggunakan, menghabiskan atau memerlukan (contoh ayat, Projek membina jambatan itu makan belanja yang besar). Keempat, makan merujuk kepada melukai atau menembusi (contoh ayat, Tikaman kerisnya tidak makan). Kelima, bermaksud bekerja seperti yang dijangkakan (contoh ayat, Brek basikal itu tidak lagi makan). Keenam, bermaksud dapat masuk (contoh ayat, Paku itu hanya setengah inci masuk ke dalam papan. Ketujuh, bermaksud mengikut atau menerima (contoh ayat, Inilah jadinya kalau orang yang tidak makan nasihat). Kelapan, bermaksud menggelapi atau mengambil secara haram (contoh ayat, Pegawai perumahan itu kuat makan duit).

Makna25.02.2014

Kembali ke atas