Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.lan.ti/] | بلنتيق

Definisi : sj perkakas utk menangkap binatang dan biasanya dibuat drpd tali dan pembidas (kalau binatang itu tersentuh tali ia akan terkena tombak, peluru atau jerat); ~ batang belantik yg dibuat drpd buluh yg dilubangkan di samping; ~ bidas = ~ embat = ~ terbang belantik yg menjerat kaki binatang; ~ pangkung belantik yg menyebabkan binatang kena pukul di kepala; ~ parak = ~ parap = ~ paut belantik yg menyebabkan binatang terkena tombak; ~ pesawat belantik yg menyebabkan binatang kena peluru senapang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lan.ti/] | بلنتيق

Definisi : ; bintang ~ bintang tiga beradik (dlm Orion). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lan.ti/] | بلنتيق

Definisi : Jw perantara dlm berjual beli (ternakan), cengkau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lan.ti/] | بلنتيق

Definisi : alat utk menangkap ikan yg dibuat drpd tali dan pembidas (apabila tali disentak, jerat, tombak dll akan membidas). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belantik

Puisi
 

Riang-riang memanjat pagar,
     Anak kura kena belantik;
Hari siang abang tak sedar,
     Saya tidur dua beradik.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSarang penyengat perdu mengkuang, Awa-awa kena belantik; Jika ditengok oleh orang, Buat pura dua beradik.
Kurik Kundi Merah SagaRiang-riang memanjat pagar, Anak kura kena belantik; Hari siang abang tak sedar, Saya tidur dua beradik.
Kurik Kundi Merah SagaAnak raja memburu rusa, Tahan serinding dengan belantik; Adik tak hendak terima saya, Kerana saya orang tak cantik.
Kurik Kundi Merah SagaAnak perawan manis dan cantik, Kena pula merah bibirnya; Matilah kuman kena belantik, Sekalian alam limpah darahnya.

Kembali ke atas