Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : belas dan kasihan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : rasa belas dan kasihan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kasih (kata kerja)
1. Bersinonim dengan cinta: berahi, sayang, suka, asmara,
Berantonim dengan benci

2. Bersinonim dengan belas kasihan, kurnia, timbang rasa, beri perhatian, simpati,
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : berkasih, berkasih-kasihan, mengasihi, kekasih, pengasih, kasihan, kasihkan, mengasihani,

Peribahasa

Kata yang benar ditidakkan,
     rahmat Tuhan dilarikan.

Bermaksud :

Tidak mahu mengakui kebenaran. rahmat = belas kasihan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sila nyatakan manakah yang betul 1.Antara 'belas kasihan' dengan' kasihan belas' 2.Antara 'pendingin hawa' atau 'penyaman udara'1. Belas kasihan
2. Istilah yang betul ialah penyaman udara. Pendingin hawa ialah istilah lama.
Istilah08.01.2013
Assalamualaykum Tuan/Puan, Merujuk kepada maklum balas email Tuan/Puan yang lepas, berikut saya sertakan cadangan istilah berkenaan dalam bahasa melayu: Spiritual Intelligence: Kecerdasan Spiritual/ Kecerdasan Rohani Compassion Fatigue: Kelelahan Belas Kasihan/Kelelahan Ihsan Compassion Satisfaction: Kepuasan Belas Kasihan/ Kepuasan Ihsan Secondary Traumatic Stress: Tekanan Traumatik Sekunder Burnout: Kelesuan Healthcare Provider: Pihak Penjagaan Kesihatan Terima kasih atas bantuan dan keprihatinan pihak Tuan/Puan. Wassalam. ArifWaalaikumussalam...
Cadangan terjemahan yang sesuai bagi:
 i. Spiritual Intelligence ialah Kecerdasan Spiritual
ii. Compassion Fatigue islsh Lesu Belas Kasihan
iii. Compassion Satisfaction ialah Lesu Kepuasan
iV. Secondary Traumatic Stress ialah Tekanan Trauma Sekunder
v. Burnout ialah Terbakar
vi. Healthcare Provider ialah Penyediaan Penjagaan Kesihatan
Makna05.12.2017
Apa perbezaan antara ayat berikut: "baik hati" dan "murah hati", "belas kasihan" dan "bertimbang rasa", "Berhemah Tinggi" dan "Kesopanan", "Kejujuran" dan "Amanah", "Kecekalan" dan "Kerajinan", "Persaudaraan" dan "Kemasyarakatan"?. Terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dinyatakan takrifan perkataan yang berikut:  "baik hati" =  suka menolong, mudah simpati dan pengasih,  "murah hati" = a) suka memberi, tidak kedekut; b) pengasih dan penyayang, "belas kasihan" = perasaan sungguh bertimbang rasa dan hiba terhadap seseorang dll yg malang,   "bertimbang rasa" =menaruh (menunjukkan) timbang rasa (belas kasihan dll), bersimpati, berlaku adil. "Berhemah Tinggi" = mempunyai budi pekerti yg mulia,  "Kesopanan" = 1. perihal sopan (tingkah laku, tutur kata, dll): gambar yg membayangkan ~ seorang gadis desa; 2. adat sopan santun, tatasusila, tingkah laku (tutur kata) yg baik: perbuatan kita sudah melanggar ~ timur; 3. keadaban, peradaban. "Kejujuran"  = perihal jujur, kelurusan hati, keikhlasan: dia masih ragu-ragu tentang ~ anak muda yg baru dikenalinya itu. "Amanah" =1. = amanat sesuatu yg dipercayakan kpd orang (diserahkan utk disimpan dll): bungkusan-bungkusan ini ialah ~ orang; 2. kepercayaan yg diletakkan kpd seseorang; 3. = amanat keamanan, ketenteraman: bahagia dan ~; 4. kepercayaan, boleh dipercayai, jujur; orang ~ orang yg boleh dipercayai; pecah ~ perbuatan mensia-siakan amanah (kepercayaan) orang dll (dgn menipu dsb); 5. (Eko) hak yg boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah utk mendapatkan faedah drpd sesuatu harta.  "Kecekalan" =  ketabahan (keteguhan, ketetapan) hati.  "Kerajinan" = 1. perihal rajin, kegiatan, ketekunan: guru hendaklah mendatangkan kecenderungan dan ~ pd kanak-kanak; kerana ~ dan ketekunan semua pekerja di lombong itu, syarikat mengambil keputusan memberi mereka bonus; 2. perusahaan membuat (menghasilkan) sesuatu: mereka mesti pandai memajukan ~ rakyat; ~ rumah tangga perusahaan kecil yg dikerjakan di rumah; ~ tangan pekerjaan (perusahaan) dgn tangan (bukan dgn mesin).  "Persaudaraan"  = perihal bersaudara, perhubungan spt bersaudara, pertalian yg rapat sekali (seolah-olah bersaudara): merekalah yg menguatkan tali ~ antara berbagai-bagai kaum.  "Kemasyarakatan" =keadaan masyarakat, yg berkaitan dgn masyarakat: penting juga kita mengetahui sejarah dan ~ tempat puisi itu dilahirkan; satu aliran kesusasteraan terlalu memberatkan soal ~; ilmu ~ sosiologi.Istilah07.11.2010
mohon bantuan penggunaan istilah psikologiSeperti penjelasan kami seblum ini, tidak ada maklumat tentang self-compassion dalam pangkalan data kami. Perkataan yang ada hanyalah compassion yang diterjemahkan kepada belas kasihan. Berdasarkan maklumat yang tuan berikan compassion boleh membawa maksud belas kasihan atau ihsan, iaitu sayang terhadap diri sendiri dan melayani diri sendiri dengan baik. Maka self-compassion  boleh diterjemahkan kepada belas kasihan kendiri atau ihsan kendiri, lihat pada konteks penggunaannya dalam ayat.Istilah30.03.2015
Maksud muka seposen (sepuluh sen).Muka seseorang yang buat-buat minta belas kasihanMakna24.09.2018
apakah maksud bertimbang rasa?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bertimbang rasa bermaksud menaruh (menunjukkan) timbang rasa (belas kasihan dll), bersimpati, berlaku adil.Istilah24.01.2010
Assalamualaikum Penanda wacana yang tepat bagi ayat berikut: Alif seorang pemuda yang cacat.________, dia tidak pernah mengharapkan belas kasihan daripada orang lain. A. Justeru B. Oleh sebab itu C. Oleh itu D. Sungguhpun demikianPenggunaan "Sungguhpun demikian" lebih seuai digunakan dalam ayat di atas.Lain-lain15.03.2018
Bolehkah pihak DBP memberikan terjemahan sesuai untuk istilah bahasa Inggeris yang saya akan beri ini? Compassion fatigue - a condition characterized by emotional and physical exhaustion leading to a diminished ability to empathize or feel compassion for others. Terjemahan maksud : Keadaan yang diicirikan kelesuan emosi dan fizikal yang menyebabkan kekurangan rasa simpati dan belas kasihan terhadap orang lain. Adakah 'kelesuan belas kasihan' paling sesuai?Cadangan padanan terjemahan bagi compassion fatigue ialah lesu belas kasihan. Cadangan terjemahan ini bergantung pada konteks dan penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan26.08.2021
Saya perlukan definisi PENYAYANG yang ada kaitan dengan individu, masyarakat dan organisasiPenyayang bermaksud orang yang kasih akan orang lain,pengasih, pencinta, bersifat belas kasihan. Setiap individu, anggota masyarakat dan organisasi memiliki sifat ini yang dapat membantu mwewujudkan antara lain keharmonian dalam sesuatu hubungan.  Makna19.03.2008
1)(Hanya mereka/Hanya) yang ada berkenaan sahaja dibenarkan masuk ke bilik pengantin itu. 2)(Dalam/Dengan) perkataan lain dapat kita bahagikan kepada beberapa bahagian. 3)Setiap orang haruslah melakukan perubahan paradigma agar hidup tidak lagi hanya bergantung pada belas kasihan orang lain. Tolong betulkan.Terima kashi.1) Hanya yang berkenaan sahaja dibenarkan masuk ke bilik pengantin itu.
2) Dengan perkataan lain dapat kita bahagikan kepada beberapa bahagian.
3) Setiap orang haruslah melakukan anjakan paradigma agar hidup tidak lagi hanya bergantung pada belas kasihan orang lain.
Tatabahasa26.06.2012
123

Kembali ke atas