Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.la.san] | بلسن

Definisi : bilangan antara 11 hingga 19; pemuda-pemuda ~ tahun pemuda-pemuda yg berumur antara 11 hingga 19 tahun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.san] | بلسن

Definisi : bilangan antara 11 dgn 19: pemuda ~ tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belasan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berdasarkan ayat ini: 'Aku lihatnya seperti berumur lewat belasan, tetapi bertanggungjawab setara mereka yang digelar dewasa.' Apakah linkungan umur bagi frasa 'lewat belasan'?Tiada maklumat dan pengkategorian yang jelas tentang kumpulan usia lewat belasan tahun dalam sumber rujukan kami. Dari aspek bahasa lewat belasan boleh dianggarkan menghampiri dua puluhan seperti 18 atau 19, walau bagaimanapun ia bukanlah suatu angka yang rasmi.Tatabahasa10.10.2018
yang mana satu benar- pada usia belasan tahun atau dalam usia belasan tahunYang betul ialah "Pada usia belasan tahun".Tatabahasa28.02.2007
saya menerima jawapan yang berbeza bagi soalan 'pada / dalam usia belasan tahun'? perkataan mempersetujui merupakan terbitan kata yang lewah, bolehkah perkataan ini digunakan? harap beri penjelasan.Kedua-duanya betul mengikut konteks penggunaan. Pada usia belasan tahun bermaksud pada usia belasan tahun yang tertentu, manakala dalam usia belasan tahun bermaksud dalam tempoh usia tersebut yang tidak ditentukan. Mempersetujui betul dari segi tatabahasa dan bukan kata terbitan yang lewah.Tatabahasa21.05.2007
Assalamualaikum dan salam sejahtera. - Gadis belasan tahun itu lebih gemar mengisi masa senggangnya bersama ahli keluarga di rumah. Soalan saya, berdasarkan ayat di atas adakah perkataan belasan merupakan kata nama. Mohon diberi penjelasan, terima kasih.Belasan merupakan kata bilangan yang merujuk kepada umur gadis tersebut.Tatabahasa07.02.2017
1.yang manakah yang betul, "Sebahagian barang-barang keperluan" atau "Sebahagian daripada barang-barang keperluan"?Adakah perkataan "daripada" mesti dimasukkan? 2. yang mana satu benar- pada usia belasan tahun atau dalam usia belasan tahunAyat yang betul ialah "Sebahagian daripada barang-barang keperluan". Kata sendi nama 'daripada' dalam ayat tersebut menunjukkan perbezaan atau perbandingan. 2. Ayat yang betul ialah 'dalam usia belasan tahun' kerana 'pada' hanya merujuk masa dan tempat.Tatabahasa22.03.2007
Pemuda yang comel serta kacak itu menjadi rebutan gadis-gadis belasan tahun di desa itu. munsyi, apakah kesalahan ayat ini? TQPerkataan gadis tidak perlu digandakan. Sila rujuk kamus untuk memlilih perkataan yang tepat dan rujuk buku tatabahasa untuk membina ayat dengan betul.Tatabahasa16.02.2012
saya Artikoh Kuno, sedang di Universiti Fatoni kelas dasar, saya ingin bertanya DBP tentang bahasa melayu, apakah makna ''Qurban'' apakah artinyaEjaan yang betul ialah korban daripada bahasa Arab yang membawa maksud: 1. amalan menghampirkan diri kpd Allah dgn menyembelih binatang ternakan (lembu, kambing, kerbau, dll) pd 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya (hari tasyrik) dgn mengagihkan sebahagian drpd daging itu kpd fakir miskin: majlis ~; 2. persembahan spt haiwan atau manusia kpd dewa dlm pemujaan; 3. pemberian (kesanggupan melakukan atau menanggung sesuatu) sbg tanda kebaktian (kasih dll): kerana kasih, ia sanggup menderita, kerana erti kasih itu kepadanya ialah ~; 4. (orang) yg menanggung penderitaan akibat sesuatu (perbuatan dll), mangsa: kau mahu kesenangan, mereka dijadikan ~; 5. = ~ jiwa = ~ manusia kematian kerana nahas (disebabkan sesuatu malapetaka dll): nahas itu mengakibatkan banyak ~ jiwa; berkorban 1. (sedang) menawarkan sesuatu sbg korban (kpd yg disembah): penganut agama tersebut ~ kpd dewa-dewa dan melontar korban-korban ke laut; 2. menanggung penderitaan utk keselamatan (kebahagiaan, kepentingan) orang dll, menyerahkan sesuatu utk tanda bakti (cinta dll): banyak ia ~ utk menawan hati gadis belasan tahun itu; kerana negara, mereka sanggup ~ apa saja; 3. dgn (disertai, berserta) korban: nahas jalan raya sering ~ jiwa; mengorbankan 1. mempersembahkan sbg korban: ada orang Cina yg ~ makanan kpd topekong; 2. menyerahkan sesuatu (spt wang dll) utk sesuatu tujuan (kepentingan dll): ~ nyawa utk mempertahankan negara; 3. menyebabkan menderita, memusnahkan (me­rosakkan): mereka sanggup ~ bangsa utk mencapai kemahuan mereka; terkorban terbunuh, termusnah (kepenti­ngan dll): sepuluh orang askar telah ~ dlm serangan hendap itu; pengorbanan perihal mengorbankan (ber­korban): tugu itulah tanda penghargaan negara terhadap ~ askar-askar yg terbunuh kerana menentang pengganas-pengganas.Makna22.09.2014

Kembali ke atas