Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.la.san] | بلسن

Definisi : bilangan antara 11 hingga 19; pemuda-pemuda ~ tahun pemuda-pemuda yg berumur antara 11 hingga 19 tahun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.san] | بلسن

Definisi : bilangan antara 11 dgn 19: pemuda ~ tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belasan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AKNE

Akne ialah gangguan kulit yang paling biasa

berlaku dalam kalangan remaja belasan tahun. Ia

terdiri daripada pelbagai jenis kecacatan,

terutamanya pada muka, bahagian atas dada, dan

belakang

UMUM 
MENDELSSOHN, FELIX

Mendelssohn, Felix (1809–1847), penggubah,

pemain piano, dan konduktor Jerman. Dia mula

muncul di khalayak ramai sebagai pemain piano

semasa berumur sembilan tahun. Dia mengarang

muzik pertamanya semasa berumur 10 tahun, dan

menjelang umur belasan tahun, dia sudah menjadi

penggubah yang dihormati. Dia mungkin

penggubah yang paling masyhur pada zamannya.

UMUM 
JAHLELAWATI

JAHLELAWATI (1937-1979), penulis wanita Singapura. Dia lahir di kota Medan, Sumatera Utara, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Halijah. Ketika berusia awal belasan tahun, dia sudah terlibat dalam cerita bangsawan sebagai pelakon kanak-kanak. Ketika itulah dia sering dibawa merantau di sekitar Nusantara.  Dia sampai di Singapura pada tahun 1949. Ketika itu, Singapura sedang berkembang sebagai pusat persembahan sandiwara.

BUDAYATokoh
TUK BACHOKTUK BACHOK (1868-1953), ulama dan pendakwah.  Dia lahir di Kampung Tuk Burung, Bachok, Kelantan.  Nama sebenarnya ialah Haji Othman bin Haji Muhammad bin Haji Abdul Wahab.  Dia menerima pendidikan awal daripada ayahnya.  Sewaktu umurnya meningkat belasan tahun, dia dihantar belajar di Kota Baharu, berguru kepada Pak Cik Musa dan Haji Daud Husin Kampung Menuang (Haji Daud Kechik).  Selepas beberapa tahun di Kota Baharu, dia menyambung pengajian agamanya di Pondok Kuala Bekah, Patani.  Semasa di sini, dia bertemu dan bersahabat dengan Tuk Selehor yang kemudiannya menjadi ulama terkenal.  Guru mereka di pondok ini bernama Haji Abdul Rashid.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SITI TANJUNG PERAK

SITI TANJUNG PERAK (1912-1992), pelakon filem.  Dia lahir di Bugis, Pulau Sulawesi, Indonesia.  Nama sebenarnya ialah Siti Sundari Samad.  Dia tidak mempunyai pendidikan yang tinggi, hanya tamat sekolah desa.  Semasa berumur belasan tahun, dia telah lari dari kampungnya untuk mengelakkan daripada kahwin paksa dan telah menyertai kumpulan bangsawan `Taman Setia’ pada tahun 1929.  Nama Siti Tanjung Perak diperolehinya kerana dia sering mendendangkan lagu “Tanjung Perak” ketika mengadakan persembahan bangsawan di seluruh Indonesia dan Tanah Melayu pada ketika itu.

BUDAYATokoh
SAYID ABU BAKAR SAYID ABDULLAH

SAYID ABU BAKAR SAYID ABDULLAH (1898-1981) , ulama dan pendakwah. Dia lahir pada 11 Disember 1898 di Jalan Pisang, Singapura. Sayid Abu Bakar berasal daripada keturunan Arab Sayid al-Attas. Dia mendapat pendidikan awal dari sekolah Arab dan Melayu di Kampung Pisang, Singapura.  Oleh sebab penduduk Kampung Pisang majoritinya orang Melayu, dia menjadi biasa dengan adat dan tradisi orang Melayu.  Dalam usia belasan tahun Sayid Abu Bakar  telah dihantar oleh keluarganya belajar di Hadramaut, Yaman, bagi mempelajari ilmu agama dan bahasa Arab.  Ketika usianya 21 tahun, dia sudah hafaz sebuah al-Quran. Dia mempelajari ilmu agama dan menghafaz al-Quran di salah sebuah madrasah di Tarim, Hadramaut. Dia juga memperoleh ijazah Aliyah (Sarjana Muda).

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas