Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.la.ti] | بلاتي

Definisi : sl datang dr negeri asing (dibuat di negeri asing); pisau ~ sj pisau (buatan Eropah); tali ~ tali buatan Eropah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.ti] | بلاتي

Definisi : didatangkan dr negara asing; buatan negara asing: pisau ~ sj pisau buatan Eropah (keluaran luar negara); tali ~ sj tali buatan Eropah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belati

Puisi
 

Teluk Jong permata wangsa,
     Dulu tiga Teluk Belati;
Dipatuk tedung haram tak bisa,
     Dijeling janda rasa nak mati.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan. Adakah ayat-ayat berikut betul? 1) Petani itu menaburkan baja untuk anak-anak pokok yang baru ditanamnya itu. 2) Abang Man menarik tali belati itu sehingga putus. 3) Lembu peliharaan Pak Mail itu dikirakan banyaknya. 4) Datuknya amat kuat beramal. Sekian, terima kasih.

Ayat yang betul ialah seperti yang berikut:

 

1) Petani itu menaburkan baja untuk anak-anak pokok yang baru ditanamnya itu.

2) Abang Man menarik tali belati itu sehingga putus.

3) Lembu peliharaan Pak Mail itu dikira banyaknya atau Pak Mail mengira lembu peliharaannya supaya dapat diketahui jumlahnya.

4) Datuknya amat kuat beramal.

Tatabahasa05.12.2021

Kembali ke atas