Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.la.yar] | بلاير

Definisi : 1. berjalan atau bergerak (bkn kapal atau perahu): kapal itu sedang ~ menuju ke pelabuhan Kelang; 2. pergi (berpergian) dgn kapal atau perahu: mereka akan ~ ke India dgn menaiki kapal penumpang; ~ dulu ki meninggal dunia; ~ ke pulau kapuk tidur; ~ atas angin prb berbuat sesuatu atas perbelanjaan orang lain; ~ bernakhoda, berjalan dgn yg tua prb segala pekerjaan lebih baik diusahakan di bawah pimpinan orang yg lebih berpengalaman; ~ sambil memapan, merapat sambil ~ prb sekali melakukan kerja, dua tiga maksud tercapai; berbuat di alang tahun, ~ di luar musim prb mengerjakan sesuatu pekerjaan tidak pd waktunya tentu tidak mendapat hasil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
layar
Kata Terbitan : belayar, melayari, melayarkan, pelayar,

Puisi
 

Belayar dari Mengurung,
     Patah tiang layang-layangan;
Sudah mendapat bunga tempisung,
     Akan dibuang sayang-sayangan.


Lihat selanjutnya...(84)
Peribahasa

Belayar ke (di) pulau kapuk.

Bermaksud :

Tidur.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
gigi kekal yang mula muncul semasa kira-kira tujuh tahun untuk menggantikan gigi susu. (UBAT) teeth of the gale (gigi bebadai) Hala yang searah dengan arah tiupan angin, iaitu apabila belayar ke dalam gigi bebadai atau mata angin. Keadaan ini bermakna belayar menghadap angin. Istilah ini merupakan istilah lama dalam pelayaran. (METEO) Teflon TM (Teflon TM ) Nama dagangan Du Pont bagi politetrafluoroetilena yang merupakan suatu plastik kuat, tidak mudah terbakar dan lengai

Kembali ke atas