Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.lé.rang] | بليرڠ

Definisi : (belérang) sj benda keras kuning yg mudah hancur (mudah terbakar dgn mengeluarkan nyala yg biru), sulfur; ~ bang sj berangan (tuba tikus). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lé.rang] | بليرڠ

Definisi : /belérang/ sj unsur berwarna kuning muda dan apabila dibakar, bernyala kebiru-biruan dan berbau busuk; sulfur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belerang


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUNGAI SARAWAKKapsyen          :           Sungai Sawarak

 

SUNGAI SARAWAK, sungai yang terletak dalam Bahagian Kuching, Sarawak.  Sungai ini terletak di barat laut pulau Borneo dan menghadap Laut Cina Selatan.  Asal usul nama sungai ini dipercayai daripada nama sejenis galian (bijih) yang disebut ‘Serawak’.  Galian ini mengandungi belerang dan antimoni yang dilombong di daerah Bau, di lembah hulu Sungai Sarawak.  Cawangan utama sungai ini ialah Sungai Sarawak Kiri dan Sungai Sarawak Kanan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas