Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.lé.rang] | بليرڠ

Definisi : (belérang) sj benda keras kuning yg mudah hancur (mudah terbakar dgn mengeluarkan nyala yg biru), sulfur; ~ bang sj berangan (tuba tikus). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lé.rang] | بليرڠ

Definisi : /belérang/ sj unsur berwarna kuning muda dan apabila dibakar, bernyala kebiru-biruan dan berbau busuk; sulfur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belerang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
extreme pressure lubricantpelincir tekanan lampauKejuruteraanTiadaMinyak galian biasa yang mengandungi belerang organik, kliron, dan sebatian belerang yang bertindak pada suhu 200oC untuk membentuk lapisan belerang, klorida dan fosfat yang biasa digunakan dalam sitem gear.
brimstonebatu belerangFizikTiadaTiada
brimstonebatu belerangKimiaTiadaNama umum bagi sulfur.
brimstonebatu belerangKimiaTiadaLihat sulfur.
etazoleetazolaBiologiPatologiNama am fungisid belerang organik yang sistemik dengan nama kimia 5-etoksi-3-triklorometill,2,4-tiadiazola yang berkesan terhadap kulat Oomycetes.
crude petroleumpetroleum mentahKejuruteraanPetroleumCampuran yang terjadi secara alamiah yang terdiri daripada hidrokarbon sebagai komponen utama sama ada berserta dengan belerang atau tidak, ditambah dengan turunan hidrokarbon dari oksigen atau turunan hidrokarbon dari nitrogen, atau kedua-duanya. Biasanya terdapat juga bendasing seperti air, bahan organik dan gas, bersama-sama dengan petroleum. Jika dilakukan pemisahan bendasing daripada petroleum mentah tersebut, proses pemisahan ini mestilah tidak akan mengubah status campuran dalam petroleum mentah. Sebaliknya, jika pemisahan tersebut mengakibatkan perubahan kandungan yang bermakna terhadap campuran tersebut, hasil pemisahan itu tidak lagi boleh disebut petroleum mentah.
carrierbahan pembawaBiologiPatologiBahan yang ditambahkan pada ramuan aktif pestisid sebagai bahan lengai atau pelarut. Tanah kaolin atau tanah liat sering digunakan sebagai pembawa bagi fungisid belerang (S).
carrierbahan pembawaKimiaTiadaBahan yang ditambahkan pada ramuan aktif pestisid sebagai bahan lengai atau pelarut. Tanah kaolin atau tanah liat sering digunakan sebagai pembawa bagi fungisid belerang (S).
sulphursulfurKimiaTiadaUnsur bukan logam dalam kumpulan VIA (atau 16) jadual berkala, simbol S, nombor atom 16, berat atom 32.06, r ombor pengoksidaan ‒2, +2, +4 dan +6, takat lebur 199°C (hablur monoklinik) dan 112.8°C (hablur rombus), takat didih 444°C (hablur rombus), bentuk alotrop berhablur (monoklinik dan rombus) atau alotrop serbuk amorfus berwarna kuning, larut di dalam karbon disulfida, karbon tetraklorida dan benzena tetapi tidak larut di dalam air dan terdapat empat isotop yang stabil. sulfur terdapat semula jadi dalam batu sulfur, atau bijih seperti galena, zink blend, pirit besi, pirit tembaga dan sinabar. Sulfur tulen diperoleh secara peleburan dan pemejalwapan batu sulfur. Unsur ini digunakan untuk membuat racun kulat, serbuk letupan, asid sulfurik, karbon disulfida, baja dan digunakan juga dalam pemvulkanan getah dan dalam perusahaan kertas. Nama umumnya ialah batu belerang.

Kembali ke atas