Kurik Kundi Merah Saga | Beli terung beli kucai, Makan mari bulan puasa; Kena cium orang bermisai, Tiga tahun terasa-rasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Beli gelas beli cawan, Untuk pagi Hari Raya; Tidakkah belas hati tuan, Melihat nasib hidup saya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Beli ubi beli keladi, Anak belanak dalam tapisan; Puan berlaki saya berbini, Kalau beranak kita berbesan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Beli suasa beli tembaga, Sudah dibeli tidak dipakai; Malam ini malam celaka, Sudah dijanji tidak ditunai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Beli pauh beli serbat, Makan bersama gula batu; Kalau jauh apa nak buat, Sama-sama menanggung rindu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Seberang gali cacing, Cacing ada di kebun Cina; Beli timbang kutengok dacing, Beli borong kerap terkena. |
Kurik Kundi Merah Saga | Beli tin ke Kota Batu, Kelapa muda tidak berminyak; Sudah miskin dagang piatu, Minta kasihan orang banyak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Beli kuda baik dipacu, Raja berangkat dari hulu; Pada songket baik belacu, Harga murah ganti selalu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Beli mangkuk buat kenduri, Panggil lebai serta aji; Masa berkokok sama berlari, Tak boleh bercampur biring bertaji. |
Kurik Kundi Merah Saga | Beli kain buat purdah, Mana yang baik bolehlah dipilih; Disangka langit itu rendah, Dipandang dekat dicapai tak boleh. |