Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beli;

Puisi
 

Beli gelas beli cawan,
     Untuk pagi Hari Raya;
Tidakkah belas hati tuan,
     Melihat nasib hidup saya.


Lihat selanjutnya...(61)
Peribahasa

Bahasa dan bangsa itu tidak dijual beli.

Bermaksud :

Baik buruk adat kelakuan orang menunjukkan tinggi rendah keturunannya (asal usulnya).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBeli terung beli kucai, Makan mari bulan puasa; Kena cium orang bermisai, Tiga tahun terasa-rasa.
Kurik Kundi Merah SagaBeli gelas beli cawan, Untuk pagi Hari Raya; Tidakkah belas hati tuan, Melihat nasib hidup saya.
Kurik Kundi Merah SagaBeli ubi beli keladi, Anak belanak dalam tapisan; Puan berlaki saya berbini, Kalau beranak kita berbesan.
Kurik Kundi Merah SagaBeli suasa beli tembaga, Sudah dibeli tidak dipakai; Malam ini malam celaka, Sudah dijanji tidak ditunai.
Kurik Kundi Merah SagaBeli pauh beli serbat, Makan bersama gula batu; Kalau jauh apa nak buat, Sama-sama menanggung rindu.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Seberang gali cacing, Cacing ada di kebun Cina; Beli timbang kutengok dacing, Beli borong kerap terkena.
Kurik Kundi Merah SagaBeli tin ke Kota Batu, Kelapa muda tidak berminyak; Sudah miskin dagang piatu, Minta kasihan orang banyak.
Kurik Kundi Merah SagaBeli kuda baik dipacu, Raja berangkat dari hulu; Pada songket baik belacu, Harga murah ganti selalu.
Kurik Kundi Merah SagaBeli mangkuk buat kenduri, Panggil lebai serta aji; Masa berkokok sama berlari, Tak boleh bercampur biring bertaji.
Kurik Kundi Merah SagaBeli kain buat purdah, Mana yang baik bolehlah dipilih; Disangka langit itu rendah, Dipandang dekat dicapai tak boleh.
1234567

Kembali ke atas