Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.li] | بلي

Definisi : ; = membeli; berjual ~ menjual dan membeli;berbeli (dapat) dibeli, (dapat) dibayar, terbayar: ikan juga tidak pernah ~; ambil sajalah, tak usah ~;berbeli-belian 1. saling membeli; 2. ark berbelanja: ~ di pasar;membeli 1. memperoleh barang dgn membayar (harganya): anak itu disuruhnya ~ kopi di kedai; 2. mencapai (memperoleh) sesuatu dgn usaha yg keras (dgn pengorbanan): ijazah itu saya beli dgn usaha siang dan malam; ~-belah membeli berbagai-bagai jenis barang; alah (kalah) ~ menang memakai prb barang yg baik memang mahal harganya tetapi lama dapat dipakai; gajah lalu dibeli, kosa tidak terbeli prb pekerjaan besar dapat dibuat, tetapi pekerjaan kecil utk menjayakan pekerjaan besar itu tidak terbuat; mahal dibeli, sukar dicari prb benda yg tidak mudah didapat (jarang ada);membelikan 1. membeli utk: ia jarang-jarang ~ isterinya barang perhiasan; 2. menggunakan wang utk membeli sesuatu: wang tiadalah banyak, saya hematkan dr sedikit ke sedikit, itulah yg dibelikan rumah;terbeli 1. mampu (sanggup) membeli, sanggup dibeli; 2. tidak sengaja telah membeli sesuatu: ~ barang tiruan; 3. makan suap, menerima sogokan; belian 1. benda yg sudah dibeli: kita harus dapat menaksir berapa banyak barang dagangan patut dibeli utk bulan depan, supaya ~ tidak berlebihan; budak ~ hamba (yg dibeli); 2. = beli-belian bp membeli-beli, berbelanja; harga ~ bayaran barang pd masa membeli;pembelian 1. perihal (perbuatan) membeli: pembicaraan mereka beralih kpd ~ tanah; ~ dapur gas; 2. benda yg dibeli: tilam itu ~ ibunya;pembeli 1. orang yg membeli: ada ~ datang ke rumahnya utk membeli sayur-sayuran; 2. alat (wang dll) utk membeli: wang itu utk ~ makanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.li] | بلي

Definisi : ; berbeli perlu atau dpt dibeli: Makan dan pakainya tidak pernah ~, semuanya disedekahkan orang. membeli mengambil barang dgn membayar harganya: Ia ke kedai hendak ~ buku. ~-belah membeli beberapa banyak jenis barang keperluan sehari-hari. membelikan membeli sesuatu utk: Ia ~ adiknya sepasang kasut kulit sbg hadiah. belian barang yg dibeli: harga ~ harga yg dibayar ketika membeli. pembelian perbuatan atau hal membeli: Pengusaha asing telah mengurus ~ getah di Malaysia. pembeli 1 orang yg membeli: Sungguhpun banyak ~ yg membayar tunai, tidak kurang pula yg berhutang. 2 sesuatu (spt wang) yg digunakan utk membeli: wang ~ buku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beli

Puisi
 

Beli gelas beli cawan,
     Untuk pagi Hari Raya;
Tidakkah belas hati tuan,
     Melihat nasib hidup saya.


Lihat selanjutnya...(61)
Peribahasa

Bahasa dan bangsa itu tidak dijual beli.

Bermaksud :

Baik buruk adat kelakuan orang menunjukkan tinggi rendah keturunannya (asal usulnya).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
purchasing powern kuasa beli: the ~ of the dollar fell steeply, kuasa beli mata wang dollar jatuh dgn teruknya; ~ will increase due to higher wages, kuasa beli akan meningkat oleh sebab upah yg lebih tinggi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
trade-inadj tukar beli: ~ value, nilai tukar beli;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
oversubscribedadj (econ) terpohon beli berlebihan: ~ security issue, terbitan sekuriti terpohon beli berlebihan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
trade~ st in (for st) menukar beli sst (dgn sst): he ~d in his car for a brand new one, dia menukar beli keretanya dgn kereta baru;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pre-emptiveadj 1. done before others have chance to act, beli dahulu: shareholders are given a ~ right to the new stock, pemegang saham telah diberi hak beli dahulu saham baru itu; 2. done to forestall a likely enemy attack, terlebih dahulu: the military launched a ~ strike, pihak tentera itu melancarkan serangan terlebih dahulu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pegbuy st off the ~, membeli sst siap: he cannot buy shirts off the ~, dia tdk boleh membeli baju siap; off the ~, beli siap: the coat was off the ~ but fits me perfectly, kot ini beli siap tetapi cocok benar dgn saya; an off-the- ~ dress, baju beli siap; a square ~ in a round hole, so. unsuited to the position he holds or the work he is doing, (sso) tdk /sesuai, layak/ + approp v: he was always a square ~ in a round hole on the farm, dia memang tdk sesuai bekerja di ladang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
part-exchange n tukar beli.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hire-purchasen sewa beli.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
trading postn kedai jual beli.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
trade-inn perniagaan tukar beli.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas