Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.li] | بلي

Definisi : ; = membeli; berjual ~ menjual dan membeli;berbeli (dapat) dibeli, (dapat) dibayar, terbayar: ikan juga tidak pernah ~; ambil sajalah, tak usah ~;berbeli-belian 1. saling membeli; 2. ark berbelanja: ~ di pasar;membeli 1. memperoleh barang dgn membayar (harganya): anak itu disuruhnya ~ kopi di kedai; 2. mencapai (memperoleh) sesuatu dgn usaha yg keras (dgn pengorbanan): ijazah itu saya beli dgn usaha siang dan malam; ~-belah membeli berbagai-bagai jenis barang; alah (kalah) ~ menang memakai prb barang yg baik memang mahal harganya tetapi lama dapat dipakai; gajah lalu dibeli, kosa tidak terbeli prb pekerjaan besar dapat dibuat, tetapi pekerjaan kecil utk menjayakan pekerjaan besar itu tidak terbuat; mahal dibeli, sukar dicari prb benda yg tidak mudah didapat (jarang ada);membelikan 1. membeli utk: ia jarang-jarang ~ isterinya barang perhiasan; 2. menggunakan wang utk membeli sesuatu: wang tiadalah banyak, saya hematkan dr sedikit ke sedikit, itulah yg dibelikan rumah;terbeli 1. mampu (sanggup) membeli, sanggup dibeli; 2. tidak sengaja telah membeli sesuatu: ~ barang tiruan; 3. makan suap, menerima sogokan; belian 1. benda yg sudah dibeli: kita harus dapat menaksir berapa banyak barang dagangan patut dibeli utk bulan depan, supaya ~ tidak berlebihan; budak ~ hamba (yg dibeli); 2. = beli-belian bp membeli-beli, berbelanja; harga ~ bayaran barang pd masa membeli;pembelian 1. perihal (perbuatan) membeli: pembicaraan mereka beralih kpd ~ tanah; ~ dapur gas; 2. benda yg dibeli: tilam itu ~ ibunya;pembeli 1. orang yg membeli: ada ~ datang ke rumahnya utk membeli sayur-sayuran; 2. alat (wang dll) utk membeli: wang itu utk ~ makanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.li] | بلي

Definisi : ; berbeli perlu atau dpt dibeli: Makan dan pakainya tidak pernah ~, semuanya disedekahkan orang. membeli mengambil barang dgn membayar harganya: Ia ke kedai hendak ~ buku. ~-belah membeli beberapa banyak jenis barang keperluan sehari-hari. membelikan membeli sesuatu utk: Ia ~ adiknya sepasang kasut kulit sbg hadiah. belian barang yg dibeli: harga ~ harga yg dibayar ketika membeli. pembelian perbuatan atau hal membeli: Pengusaha asing telah mengurus ~ getah di Malaysia. pembeli 1 orang yg membeli: Sungguhpun banyak ~ yg membayar tunai, tidak kurang pula yg berhutang. 2 sesuatu (spt wang) yg digunakan utk membeli: wang ~ buku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beli

Puisi
 

Beli gelas beli cawan,
     Untuk pagi Hari Raya;
Tidakkah belas hati tuan,
     Melihat nasib hidup saya.


Lihat selanjutnya...(61)
Peribahasa

Bahasa dan bangsa itu tidak dijual beli.

Bermaksud :

Baik buruk adat kelakuan orang menunjukkan tinggi rendah keturunannya (asal usulnya).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEWA BELI

Sewa beli ialah satu kaedah pembelian secara

hutang. Kedai yang menjual barangan secara sewa

beli selalunya menghendaki pembeli membayar

sebahagian daripada harga barangan pada masa ia

dijual. Pembeli kemudiannya akan membuat

beberapa kali bayaran yang sama banyaknya

seperti yang dinyatakan, sehingga bayaran

dilunaskan sepenuhnya. Bayaran ini dikenali

sebagai bayaran tertunda dan tempoh masa

pembayarannya boleh dilanjutkan.

UMUM 
PUSAT JUAL BELI

Pusat jual beli ialah sejenis pasar tempat

barang dagangan dibawa untuk dijual atau ditukar

dengan barangan lain. Di Amerika Syarikat, pusat

ini memberi perkhidmatan kepada kaum Orang

Asli Amerika, Navajo yang tinggal di petempatan

simpanan besar di Arizona, New Mexico, dan Utah.

Antara barangan yang diurusniagakan termasuk

makanan, pakaian, dan peralatan ladang.

UMUM 
MU'AMALAT

Mu’amalat ialah apa sahaja yang berlaku di

kalangan manusia yang berkaitan dengan urusan

kewangan, jual beli, penarikan balik perjanjian

dan perkongsian syarikat. Jual beli ialah

pemindahan atau tukaran hak milik sesuatu

barangan seperti pakaian, rumah dan tanah

kepada orang lain atau orang kedua. Jual beli

mempunyai pelbagai jenis, antaranya ialah

memberi sewa. Penyewaan ialah menjual sesuatu

barang yang bermanfaat seperti rumah dan lain-lainnya

dalam suatu tempoh masa tertentu

dengan kadar bayaran yang tertentu. Riba pula

ialah menjual harta dengan harta yang sama jenis

dengannya mengikut kadar penambahan tertentu.

Ia termasuk dalam jual beli yang haram.

Pendermaan pula ialah pemindahan hak milik

barangan seperti hadiah dan pemberian sedekah.

UMUM 
SUSUT NILAI

Susut nilai ialah pengurangan nilai. Bangunan,

jentera, kenderaan dan harta-harta lain akan

susut nilai (nilai berkurangan) akibat penggunaan

ataupun kemalangan, kerana ia menjadi

bertambah usia, ataupun kerana adanya produk

baru yang lebih elok menggantikannya. Dalam

perakaunan, susut nilai dikira sebagai kos normal

yang berlaku dalam perniagaan. Istilah susut nilai

juga digunakan untuk menyatakan pengurangan

nilai atau kuasa beli yang disebabkan

peningkatan tahap harga domestik. Ini bererti

bahawa nilai mata wang sesebuah negara

menjadi lebih rendah secara relatif berbanding

dengan nilai mata wang negara-negara lain. Lihat

juga Pendapatan negara (Menentukan

pendapatan negara).

UMUM 
RUNSAI

RUNSAI,  seni pentas suku kaum Bajau di daerah Papar, Kota Kinabalu, Tuaran dan Tempasuk di Sabah.  Seni pentas ini berupa berjual beli pantun secara berlagu antara pihak lelaki dengan pihak wanita, sambil bergerak dia tas pentas khas dengan memakai pakaian dan peralatan tradisional kaum Bajau.  Runsai atau berunsai sering dipersembahkan dalam majlis kesyukuran seperti baru mendapat anak yang dihajati, baru sembuh daripada sakit atau majlis pernikahan.

BUDAYAPerayaan/Upacara

Kembali ke atas