Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.liau] | بلياو

Definisi : kata ganti diri ketiga (utk orang tua atau orang yg dihormati): mentuaku seorang pendiam, ~ tidak suka anak-anaknya terlampau banyak bercakap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.liau] | بلياو

Definisi : kata ganti nama diri ketiga utk orang yg lebih tua atau yg dihormati: Pak cik saya berpangkat besar tetapi ~ tidak sombong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beliau


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah seorang jeneral, koperal dan sarjan negara asing sesuai dirujuk menggunakan kata ganti diri ketiga "beliau" apabila menulis mengenainya?Boleh juga menggunakan kata ganti "beliau". Beliau ialah kata ganti diri ketiga untuk orang tua atau orang yang dihormati.Lain-lain27.10.2014
Tuan, Ayat berikut adalah gramatis ? 1) Walaupun beliau sangat kaya tetapi beliau sangat kedekut. 2) Walaupun beliau sangat kaya namun beliau sangat kedekut. 3) Bolehkah 'walaupun' berpasangan dengan 'tetapi'? Terima kasihDalam ayat contoh yang diberikan, saudara hanya perlu menggunakan perkataan walaupun, kemudian diletakkan tanda koma (,) sahaja, tidak diikuti oleh tetapi. Contoh ayat: Walaupun beliau sangat kaya, beliau sangat kedekut. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 253.Tatabahasa11.07.2016
perkataan 'beliau' boleh digunakan untuk siapa? adakah rakan karib boleh menggunakan perkataan beliau? adakah perkataan beliau digunakan kepada kanak-kanak?Beliau ialah kata ganti diri ketiga untuk orang tua atau orang yang dihormati. Oleh itu, beliau tidak sesuai digunakan sebagai kata ganti nama diri murid sekolah.Lain-lain11.05.2015
Assalamualaikum, Bagaimanakah penggunaan tanda baca yang setepatnya bagi penulisan riwayat hadis? Contoh: Ertinya: Riwayat Hammam bin Yahya, beliau berkata, daripada Ibn Juraij, beliau berkata, daripada al-Zuhri, beliau berkata, daripada Anas, beliau berkata, "Tatkala Rasulullah SAW hendak masuk ke tandas, Baginda menanggalkan cincinnya." Harap pihak tuan/puan perhatikan ketepatan setiap tanda baca yang saya gunakan. Terima kasih.Cara penulisan hadis yang betul:

Riwayat Hammam bin Yahya, beliau berkata daripada Ibn Juraij, beliau berkata daripada al-Zuhri, beliau berkata daripada Anas, beliau berkata, "Tatkala Rasulullah SAW hendak masuk ke tandas, baginda menanggalkan cincinnya."
Tatabahasa21.11.2019
Masalah itu akan beliau selesaikan atau masalah itu beliau akan selesaikan...?Beliau ialah kata ganti nama diri ketiga, ayat pasif yang betul ialah "masalah itu akan diseleseaikan oleh beliau".Tatabahasa19.04.2014
Salam. Ayat manakah yang betul; 1) beliau memberitahu pegawainya atau 2) beliau memberitahu pegawai beliau Terima kasih."Frasa yang betul ialah beliau memberitahu pegawainya...Tatabahasa02.06.2013
Bolehkah kita menggunakan 'beliau' bagi memerihalkan seseorang diktator dalam sejarah? Contoh, beliau untuk Adolt Hitler. Seperti yang kita tahu, Adolf Hitler merupakan seorang diktator yang kejam ketika Perang Dunia Kedua sehingga menyebabkan kematian ramai orang awam di Eropah dan Afrika Utara, bolehkah beliau digunakan sedang beliau itu untuk orang yang dihormati? Harap maklumBeliau ialah kata ganti nama diri ketiga untuk orang yang lebih tua atau yang dihormati. Beliau boleh digunakan untuk menggantikan nama yang dihormati atau meraikan ketuaan penama berkenaan. Oleh itu, kata ganti nama beliau boleh digunakan dalam konteks tersebut atau kekalkan namanya sahaja berulang kali pada setiap ayat.Tatabahasa03.02.2021
Salam sejahtera,bolehkah pihak DBP menjelaskan penggunaan kata ganti nama diri ketiga bagi beliau.Adakah beliau boleh digunakan untuk semu orang yang lebih tua tanpa mengira pangkat atau hubungan keluarga.Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, beliau merupakan kata ganti nama diri ketiga untuk orang yang lebih tua atau yang dihormati.Tatabahasa21.06.2017
Encik Shamsudin merupakan seorang doktor. Beliau menjaga pesakitnya dengan baik. Adakah penggunaan nya boleh diterima dalam ayat ini? Atau kita kena tulis: Beliau menjaga pesakit beliau dengan baik.? Terima kasih.Ayat Beliau menjaga pesakitnya dengan baik adalah betul.Tatabahasa27.09.2021
Bolehkah kata beliau digunakan dalam ayat di bawah? Mak Piah tidak mahu berpindah ke pusat pemindahan banjir. Beliau takut dicerca oleh orang kampung kerana masalah kesihatannya iaitu sukar menahan kencing.Menurut data kami, penggunaan beliau boleh digunakan. Beliau merupakan kata ganti diri ketiga (untuk orang tua atau orang yang dihormati): mentuaku seorang pendiam, ~ tidak suka anak-anaknya terlampau banyak bercakap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)Tatabahasa16.03.2019
12345678910...

Kembali ke atas