Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.lim.bing] | بليمبيڠ

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok dan buahnya); jenis-jenisnya: ~ batu = ~ manis = ~ sayur = ~ segi, Averrhoa carambola; ~ besi = ~ buluh sj belimbing (buahnya kecil-kecil, masam rasanya dan biasanya digunakan dlm masakan), Averrhoa bilimbi dll; 2. bersanding-sanding (menurut panjangnya spt belimbing): awan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lim.bing] | بليمبيڠ

Definisi : beberapa jenis pokok atau buahnya. ~ besi (manis, segi) sj belimbing yg bentuk buahnya bersegi-segi, Averrhoa carambola. ~ buluh (sayur) sj belimbing yg buahnya digunakan dlm masakan, Averrhoa bilimbi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belimbing

Puisi
 

Tetak belimbing condong ke dapur,
     Tetak tunjang dari dahan;
Minta sirih dengannya kapur,
     Minta sekali dengan tuan-tuan.


Lihat selanjutnya...(25)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENYU BELIMBING UMUM 
A. SAMAD SAID

A. SAMAD SAID (1935-   ), penulis dan Sasterawan Negara yang keempat.  Dia lahir pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka.

SASTERAKonsep
HALWA

HALWA, penganan manis yang diperbuat daripada buah-buahan seperti betik, nanas, kundur, mangga, nangka, limau kasturi, belimbing dan cermai. Buah-buahan ini digubah seperti bunga-bungaan, sayur-sayuran dan lain-lain. Halwa disediakan untuk hari raya dan majlis perkahwinan atau sebagai hidangan biasa.

BUDAYAKonsep
A. SAMAD SAID, DATUK

A. Samad Said, Datuk (1935-   ), penulis, wartawan dan Sasterawan Negara yang keempat. Beliau dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Nama sebenarnya ialah Abdul Samad bin Mohamed Said. Beliau pernah menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir.

SASTERATokoh

Kembali ke atas