Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.lim.bing] | بليمبيڠ

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok dan buahnya); jenis-jenisnya: ~ batu = ~ manis = ~ sayur = ~ segi, Averrhoa carambola; ~ besi = ~ buluh sj belimbing (buahnya kecil-kecil, masam rasanya dan biasanya digunakan dlm masakan), Averrhoa bilimbi dll; 2. bersanding-sanding (menurut panjangnya spt belimbing): awan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lim.bing] | بليمبيڠ

Definisi : beberapa jenis pokok atau buahnya. ~ besi (manis, segi) sj belimbing yg bentuk buahnya bersegi-segi, Averrhoa carambola. ~ buluh (sayur) sj belimbing yg buahnya digunakan dlm masakan, Averrhoa bilimbi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belimbing

Puisi
 

Tetak belimbing condong ke dapur,
     Tetak tunjang dari dahan;
Minta sirih dengannya kapur,
     Minta sekali dengan tuan-tuan.


Lihat selanjutnya...(25)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bunga belimbingbunga belimbingKesenianTiadaMotif batik berunsur kosmos berbentuk bintang yang dipadankan dengan potongan rentas buah belimbing, lazimnya menjadi bunga tabur pada bahagian badan kain batik.
belimbing (Averrhoa bilimbi)belimbing buluh (Averrhoa bilimbi)PertanianTiadaTiada
Tacca integrifoliakeladi muraiHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Taccaceae yang dikenali juga sebagai belimbing tanah. Tumbuhan ini tidak berbatang dan mempunyai umbisi dalam tanah. Daunnya lebar dan lembut. Tangkai bunganya panjang, bunganya besar dan berwarna ungu kehijau-hijauan. Buahnya berbentuk belimbing dan lembut. Tumbuhan herba ini tumbuh di kawasan hutan yang teduh dan lembap. Air rebusan umbisinya diminum oleh ibu selepas bersalin untuk mengembalikan tenaga. Daunnya dibuat demah untuk mengecutkan rahim dan organ peranakan. Umbisi yang telah dilumatkan dipupuk untuk mengubati gigitan ulat bulu.
Tacca integrifoliaKeladi muraiPertanianTiadaHerba ini juga dikenali sebagai belimbing tanah. Tumbuhan dalam famili Taccaceae ini tidak berbatang dan tumbuh di kawasan hutan yang teduh dan lembab. Herba ini mempunyai umbisi dalam tanah. Daunnya lebar dan lembut. Mempunyai tangkai bunga yang panjang, bunganya besar berwarna ungu kehijauan. Buahnya berbentuk belimbing dan lembut. Buah masak berwarna hitam. Umbisinya digunakan sebagai bahan ubat untuk wanita lepas bersalin. Daunnya dibuat demah untuk mengecutkan rahim dan organ peranakan.
flutebelimbing; gelugurPerhutananTiadaTiada
flutebelimbing;flutGeografiTiadaTiada
averrhoa belimbi linnbelimbing buluhPentadbiran PerniagaanTiadaGenus tumbuhan di India Timur daripada famili Oxahidaceae yang mempunyai daun yang menyerupai bentuk bulu ayam.
carambola (star fruit) (Averrhoa carambola)belimbing segi (Averrhoa carambola)PertanianTiadaTiada
carambola (star fruit) (Averrhoa carambola)belimbing segi (Averrhoa carambola)Pentadbiran PerniagaanTiadaTiada
plantation horticulturehortikultur perladanganPertanianAgronomi

Perladangan yang melibatkan tanaman hortikultur, seperti buah-buahan. Contohnya, belimbing, jambu batu, nanas, pisang dan buah naga. Lihat juga perladangan.

123

Kembali ke atas