Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.lit] | بليت

Definisi : 1. lilit (lingkaran tali, ular, dll); 2. belok-belok, kelok-kelok (jalan, sungai, dll); putar ~ = pusing ~ = belat-~ bp berputar-putar (tidak jujur);berbelit berlilit: seekor ular ~ di dahan itu; berbelit-belit 1. berlilit-lilit: sulur-suluran ~ pd tiang pagar itu; 2. berkelok-kelok, berpusing-pusing: jalan ke pergunungan itu sangat ~; 3. berjalin-jalin, bersambung-sambung, bersangkut paut, kacau: fikiran yg timbul begitu kusut, yg datang berkacau-kacau, ~;membelit 1. melilit, melingkar: di pergelangan tangannya ~ dua urat gelang halus; 2. membebat, melibat, menjebak: dgn jalan begini mereka hendak ~ anak negeri supaya dapat diperhambakan; membeliti melingkari, mengelilingi: sebuah jalan ~ kawasan itu;membelitkan melilitkan (sesuatu): anak gajah itu ~ belalainya pd ekor ibunya;terbelit 1. terlilit, terlingkar; 2. terbebat, terjebak, terlibat;belitan hasil drpd membelit (melilit), lilitan, lingkaran: membuka ~ tali pd tiang itu; pembelit 1. tali (kain dsb) yg digunakan utk membelit sesuatu; 2. ki penipu, pendusta: kau memang manusia kejam, tidak setia, penipu, dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lit] | بليت

Definisi : 1 lingkaran tali dsb pd sesuatu benda; lilit. 2 kelok pd jalan (sungai dsb); selekoh. berbelit berlingkar pd sesuatu; berlilit. berbelit-belit 1 berlilit-lilit di keliling sesuatu; terdapat beberapa banyak belit: Sulur-suluran ~ pd dahan pohon-pohon yg besar. 2 tidak lurus; berkelok-kelok; bengkang-bengkok: Jalan yg kami lalui dlm hutan itu ~. membelit melingkar mengelilingi sesuatu; mengikat berlilit-lilit; melilit: Ular itu ~ mangsanya dahulu sebelum menelannya. membelitkan mengikatkan sesuatu di keliling sesuatu benda lain; melilitkan: Beliau ~ kain tudungnya ke leher. pembelit 1 sesuatu (tali, kain dsb) yg digunakan utk membelit. 2 ki orang yg menipu; penipu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belit

Peribahasa

Nan berseluk urat,
     nan berjumbai akar,
nan berlambai pucuk.

Bermaksud :

Kaum keluarga itu sekalipun sudah berjauhan tetapi perhubungan masih tetap ada. seluk = lilit, belit; lambai = berayun-ayun turun naik.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Putar belit faktaAlias IsmailPentas Dunia11.07.1993
Putar belit perniagaan dalam "Bila Rindu Berputik"M.Nas DasukiUtusan Malaysia01.05.1990
Kassim putar-belit hadisNorman MidiBacaria06.08.1986
Bahasa putar belitSuhaimi MatMingguan Perdana24.02.1983
Usah putar belit isu bahasa InggerisSalbiah AniBerita Harian23.11.2000
Sejarah Malaysia diputar belitZairee ZahirWarta Perdana22.09.1991
Ada golongan mahu belit dunia sasteraMS. MuharamMingguan Perdana17.04.1987
Antara pengalaman dan putar belit bahasaPyan HabibUtusan Zaman09.10.1994
Noriah nafi dakwaan putar belit maklumatSalbiah AniBerita Harian23.05.1998
Penulis-penulis jangan putar belit sesuatu isu: AdibTiadaBerita Minggu15.07.1979

Kembali ke atas