Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (bélon) 1. bola drpd getah tipis yg diisi dgn udara, digunakan sbg mainan kanak-kanak atau hiasan; 2. bola besar yg diisi dgn udara panas atau gas yg lebih ringan drpd udara utk dinaikkan dan diapungkan di udara, biasanya ada bakul besar utk membawa penumpang dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Id, bp belum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /bélon/ kantung atau sarung yg dibuat drpd getah tipis dsb serta diisi dgn gas yg lebih ringan drpd udara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belon


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
meteorological balloonbelon meteorologiMeteorologiMeteorologi PerhubunganBelon yang digunakan untuk mencerap unsur-unsur cuaca. Misalnya, belon siling, belon duga, dan belon radiosond.
radiosonde balloonbelon radiosondMeteorologiMeteorologi PerhubunganBelon yang digunakan untuk membawa radisond ke atas. Belon ini lebih besar daripada belon duga atau belon siling.
balloon ceilingsiling belonMeteorologiMeteorologi PerhubunganSiling yang ketinggiannya ditentukan oleh masa yang diambil untuk belon siling atau belon duga naik dan masuk ke dalam awan.
ceiling balloonbelon silingMeteorologiTiadaBelon kecil yang digunakan untuk menentukan ketinggian dasar awan. Ketinggian ini boleh dikira daripada halaju kenaikan belon dan masa yang diperlukan untuk belon itu masuk ke dalam awam.
bronchial cuffkaf bronkusPerubatanTiadaBahagian yang boleh digelembungkan dan terletak di hujung tiub endobronkial. Bahagian ini terdiri daripada membran berbentuk sebiji belon kecil yang boleh diisi dengan udara atau cecair. Selepas tiub endobronkial dimasukkan ke dalam bronkus, udara atau cecair sebanyak 2 ml hingga 5 ml dipam ke dalam belon. Belon akan mengembang dan menutup bahagian sisi endobronkial untuk menghalang udara keluar menerusi sisi tiub tersebut.
balloon soundingperum belonMeteorologiMeteorologi PerhubunganPenyelidikan atmosfera bumi dengan menggunakan belon yang diisi dengan gas yang lebih ringan daripada udara, seperti hidrogen atau helium. Kedudukan belon boleh dikesan oleh teodolit, atau radar jika dilengkapi pemantul, untuk mengetahui keadaan angin di udara atas. Radiosond boleh juga dipasangkan pada belon untuk mendapatkan bacaan suhu dan kelembapan relatif pada beberapa aras tekanan.
balloon sondebelon sondGeologiTiadaBelon hidrogen yang mengangkut alat-alat meteorologi catat sendiri. Belon sond diguna untuk memahami keadaan-keadaan atmosfera.
constant level balloonbelon aras malarMeteorologiMeteorologi PerhubunganBelon yang direka bentuk supaya terapung pada aras tekanan malar. Sama dengan belon tekanan malar.
pilot ballonbelon dugaGeografiTiadaBelon getah yang kecil, biasanya diisi dengan hidrogen, yang digunakan untuk menentukan arah dan kelajuan angin di atmosfera atas. Pergerakan belon ini biasanya diperhatikan dengan menggunakan teodolit.
pilot ballonbelon dugaGeologiTiadaBelon getah yang kecil, biasanya diisi dengan hidrogen, yang digunakan untuk menentukan arah dan kelajuan angin di atmosfera atas. Pergerakan belon ini biasanya diperhatikan dengan menggunakan teodolit.
12345678910...

Kembali ke atas