Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.lu.kar] | بلوکر

Definisi : tanah yg ditumbuhi pokok-pokok kecil, hutan kecil; hutan ~ hutan kecil; ~ sudah menjadi rimba prb kesalahan yg tidak dapat diperbaiki lagi; bersesapan ~ prb pekerjaan yg tidak sempurna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lu.kar] | بلوکر

Definisi : (kawasan tanah yg ditumbuhi) pohon-pohon kecil dan rendah; kayu-kayuan yg kecil dan rendah: Kami melangkah dgn hati-hati meredah semak samun dan ~ menuju ke tempat air terjun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belukar

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Dari semak ke belukar.

Bermaksud :

Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buang daun keladi, berselimut dauh birah, b. Buang kuali ambil belanga).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
rok I[č/]kata namabelukar.Ore curi tu nusuk dale rok.[.ÄE tS:u.Äi tu n:u.su/ dA.lE č/]Pencuri tu bersembunyi dalam belukar.
nusuk[n:u.su/]kata kerjabersembunyi.Ore curi tu nusuk dale rok.[.ÄE tS:u.Äi tu n:u.su/ dA.lE č/]Pencuri tu bersembunyi dalam belukar.
bidah I[b:i.dAh]kata namasejenis alat yang digunakan untuk melantingkan batu, lastik.Acu gi ambek bidah, aku nok gi dale rok ni.[A.tSu gi Am.be/ b:i.dAh A.ku n/ gi dA.lE č/ ni]Cuba ambil lastik, aku nak masuk dalam belukar ni.
bidah II[b:i.dAh]kata kerjamelantingkan batu kepada sesuatu (burung dan lain lain) dengan menggunakan lastik, melastik.Mari kito gi bidah burong dale rok blake rumoh.[mA.Äi kit gi b:i.dAh bu.ÄoN dA.lE č/ blA.kE Äu.mh]Mari kita pergi lastik burung dalam belukar belakang rumah.

Kembali ke atas