Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.lu.kar] | بلوکر

Definisi : tanah yg ditumbuhi pokok-pokok kecil, hutan kecil; hutan ~ hutan kecil; ~ sudah menjadi rimba prb kesalahan yg tidak dapat diperbaiki lagi; bersesapan ~ prb pekerjaan yg tidak sempurna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lu.kar] | بلوکر

Definisi : (kawasan tanah yg ditumbuhi) pohon-pohon kecil dan rendah; kayu-kayuan yg kecil dan rendah: Kami melangkah dgn hati-hati meredah semak samun dan ~ menuju ke tempat air terjun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belukar

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Dari semak ke belukar.

Bermaksud :

Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buang daun keladi, berselimut dauh birah, b. Buang kuali ambil belanga).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEBAKARAN BELUKAR

Kebakaran belukar ialah istilah yang merujuk

kepada kebakaran besar pada hutan, rumput, dan

pokok renek yang mengancam kehidupan dan

harta di Australia setiap tahun.

UMUM 
SHERRITT, AARON

Sherritt, Aaron (1857?–1880), warga Australia,

telah digambarkan sebagai “rakan dan telegraf

belukar untuk geng Kelly.” Dia dibunuh oleh Joe

Byrne, salah seorang anggota geng tersebut.

UMUM 
ANI

Ani ialah nama tiga spesies burung dalam famili

cuckoo. Ani hidup di negara yang berhutan

belukar tebal, terutamanya dari Hindia Barat dan

Mexico hingga ke selatan Amerika Selatan.

UMUM 
RAWANG

Rawang ialah kawasan basah yang ditumbuhi

tumbuhan tidak berkayu seperti mensiang, rumput,

purun, dan rusiga. Kawasan basah yang ditumbuhi

pokok dan belukar dinamakan paya (lihat Paya ).

UMUM 
RESERPINE

Reserpine ialah sejenis ubat yang digunakan

untuk merawat hipertensi (keadaan tekanan darah

tinggi) sederhana. Ubat ini diperbuat daripada

sejenis tumbuhan belukar dikenali sebagai

Rauwolfia serpentina , yang tumbuh di India dan

Asia Tenggara. Pati pokok ini telah pun digunakan

sejak beberapa abad lamanya di tempat tersebut

untuk merawat gangguan seperti hipertensi,

insomnia, sakit mental dan terkena patukan ular

berbisa.

UMUM 
PUYUH

Puyuh ialah sejenis burung kecil yang serumpun

dengan famili kuang bayas, ayam hutan, grouse,

ayam belanda, dan ayam mutiara. Burung ini hidup

di padang rumput, belukar dan kawasan paya di

setiap benua, kecuali Antartika. Terdapat sebanyak

45 spesies burung puyuh. Burung ini selalunya

diburu untuk dimakan.

UMUM 
LESPEDEZA

Lespedeza ialah nama bagi sekumpulan herba

dan tumbuhan bak pokok renek. Ia tumbuh di Asia,

Australia dan Amerika Utara. Lespedeza dikenali

sebagai klover belukar . Daunnya mempunyai tepi

yang licin dan tiga anak daun. Bunganya yang kecil

berbentuk kacang pis tumbuh bergugus-gugus.

Buahnya adalah lenggai yang pendek berbiji satu.

UMUM 
SIKLAMEN

Siklamen ialah nama sekumpulan tumbuhan

yang menarik yang tumbuh liar di kawasan

Mediterranean di Eropah. Siklamen tumbuh di

hutan jarang dan di kawasan berbatu berserta

belukar. Terdapat 17 spesies siklamen. Ia ditanam

di luar sekiranya iklim mengizinkan, atau ditanam

dalam pasu. Ia tumbuh daripada ubi (batang bawah

tanah). Daunnya berbentuk hati atau berbentuk

kacang dan mempunyai petiol (tangkai daun) yang

panjang. Bunganya berwarna putih, samar, atau

ungu dan tidak berbau wangi. Panjangnya sehingga

6.5 sentimeter.

UMUM 
KAROO

Karoo ialah kawasan tinggi separa gurun di tanah

tinggi di provinsi Cape Timur, Afrika Selatan. Nama

ini berasal daripada pemerian tentang “keras dan

kering; tanah tandus dan belukar kecil” oleh orang

Khoikhoin.

UMUM 
POKOK RENEK

Pokok renek adalah satu daripada empat

kumpulan utama tumbuh-tumbuhan dari segi saiz

dan bentuk. Pokok renek adalah tumbuhan saka

yang mempunyai batang berkayu yang lebih kecil

daripada pokok. Pokok renek biasanya

mempunyai beberapa batang rendah yang dekat

bercabang berdekatan tanah. Belukar mempunyai

banyak dahan (lihat Belukar ).

UMUM 
12

Kembali ke atas