Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.lu.kar] | بلوکر

Definisi : tanah yg ditumbuhi pokok-pokok kecil, hutan kecil; hutan ~ hutan kecil; ~ sudah menjadi rimba prb kesalahan yg tidak dapat diperbaiki lagi; bersesapan ~ prb pekerjaan yg tidak sempurna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lu.kar] | بلوکر

Definisi : (kawasan tanah yg ditumbuhi) pohon-pohon kecil dan rendah; kayu-kayuan yg kecil dan rendah: Kami melangkah dgn hati-hati meredah semak samun dan ~ menuju ke tempat air terjun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belukar

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Dari semak ke belukar.

Bermaksud :

Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buang daun keladi, berselimut dauh birah, b. Buang kuali ambil belanga).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
brushlandbelukarbelukarbelukarPerhutanan
thicketbelukarbelukarbelukarPertanian
bushbelukar/semakbelukar/semakbelukar/semakPerhutanan
scrub typhustifus belukartifus belukartifus belukarVeterinar
scrub mitetungau belukartungau belukartungau belukarVeterinar
scrub typhustifus belukartifus belukartifus belukarPerubatan
scrub itch mitetungau gatal belukartungau gatal belukartungau gatal belukarVeterinar
brushfieldlapangan belukarTiadakawasan belukarPerhutanan
bush fallowbera belukarTiadarang belukarPerhutanan
bush fallow periodmasa rang belukarTiadamasa rang belukarPerhutanan
12

Kembali ke atas