Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.lu.kar] | بلوکر

Definisi : tanah yg ditumbuhi pokok-pokok kecil, hutan kecil; hutan ~ hutan kecil; ~ sudah menjadi rimba prb kesalahan yg tidak dapat diperbaiki lagi; bersesapan ~ prb pekerjaan yg tidak sempurna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lu.kar] | بلوکر

Definisi : (kawasan tanah yg ditumbuhi) pohon-pohon kecil dan rendah; kayu-kayuan yg kecil dan rendah: Kami melangkah dgn hati-hati meredah semak samun dan ~ menuju ke tempat air terjun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belukar

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Dari semak ke belukar.

Bermaksud :

Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buang daun keladi, berselimut dauh birah, b. Buang kuali ambil belanga).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tinjau belukartinjau belukarPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi pokok dan kayu Randia spp. daripada famili Rubiaceae. Nama tempatan di Semenanjung ialah jarum-jarum dan kelumpang gajah, dan di Sabah ialah bembalur. Spesies utamanya kayu ini ialah Randia anisophylla, R. racemosa, dan R. scortechinii. Gubal kayu tinjau belukar sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna coklat muda. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 545 hingga 850 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras hingga keras dan sederhana berat. Kayu mudah diproses dan dikemas siap, dan sederhana tahan. Kayu ini boleh digunakan untuk tiang pagar, rasuk, dan peralatan kayu.
brushbelukar/semakGeologiTiadaBelukar/semak: Kawasan yang diliputi dengan pokok-pokok kecil.
bushbelukar; sesendalGeografiTiada2. Belukar: Istilah umum menggambarkan kawasan belum diterokai atau dibangunkan berbanding dengan kawasan pertanian atau kawasan yang telah diduduki. Lebih terperinci menggambarkan pokok-pokok kecil yang terdapat berselerak pada kawasan-kawasan kering.
underwoodbelukarGeografiTiadaTiada
brushbelukar/semakKejuruteraanTiadaTiada
bushbelukar; sesendalKejuruteraanTiadaTiada
bushbelukar; sesendalPerhutananTiadaTiada
brushbelukar/semakPerhutananTiadaTiada
brushlandbelukar/semakPerhutananTiadaTiada
brushbelukar/semakGeografiTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas