Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : masih dlm keadaan tidak; masih tidak: Buah ini ~ masak. sebelum ketika belum melakukan sesuatu; terdahulu drpd: ~ tidur, saya menggosok gigi dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belum

Puisi
 

Mengkudu masak di hutan,
     Dipatuk punai gumbali;
Belum duduk belum suratan,
     Mana bertemu sama sekali.


Lihat selanjutnya...(116)
Peribahasa

Cekur jerangau belum habis lagi.

Bermaksud :

Belum dewasa sudah hendak melawan orang tua; belum ada pengalaman. (Peribahasa lain yang sama makna: Cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun).

 

Lihat selanjutnya...(106)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
enom(bkn orang) belum tuaKamus Dewan Perdana
embal(bkn rambut, tembakau dsb) belum kering betul atau lembapKamus Dewan Perdana
eksotikberbeza drp biasa, memiliki daya tarikan yg khas krn belum lagi dikenali umum, dan jarang ditemuiKamus Dewan Perdana
engkah-engkahan(bkn kentang, ubi kayu dsb yg direbus) belum cukup empukKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas