Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : masih dlm keadaan tidak; masih tidak: Buah ini ~ masak. sebelum ketika belum melakukan sesuatu; terdahulu drpd: ~ tidur, saya menggosok gigi dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belum

Puisi
 

Mengkudu masak di hutan,
     Dipatuk punai gumbali;
Belum duduk belum suratan,
     Mana bertemu sama sekali.


Lihat selanjutnya...(116)
Peribahasa

Cekur jerangau belum habis lagi.

Bermaksud :

Belum dewasa sudah hendak melawan orang tua; belum ada pengalaman. (Peribahasa lain yang sama makna: Cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun).

 

Lihat selanjutnya...(106)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kolop[ko.lop]kata adjektifberkenaan budak lelaki yang belum berkhatan.Budak Usen tu maseh kolop lagi.[bu.dA/ u.sen tu mA.seh ko.lop lA.gi]Budak Hussein itu masih belum bersunat.
ceding[tS«.diN]kata namabuah penghujung atau baki padi yang belum dituai.Ceding padi tu jadi makanan tikus.[tS«.diN pA.di tu dZA.di mA.kA.nAn ti.kus]Baki padi yang masih belum dituai itu menjadi makanan tikus.
melintap[m«.lin.tAp]kata adjektifkeadaan demam yang kuat tetapi belum sampai ke tahap meracau.Demam biyase aje, belom melintap.[d«.mAm bi.yA.s« A.dZ« b«.lom m«.lin.tAp]Dia demam biasa sahaja, belum demam kuat.
nikam[ni.kAm]kata kerjamenjahit tulang belut, khas untuk baju kurung Johor.Awak dah nikam, kami nebok pon belum.[A.wA/ dAh ni.kAm kA.mi n«.bo/ pon b«.lum]Kamu sudah pun menjahit tulang belut pada leher baju, saya masih belum menebuk leher baju.
mantan[mAn.tAn]kata namakelapa yang belum berlemak dan digunakan untuk membuat inti kuih; congkel.Tolong ambek kelapa mantan tu bang due bute, nak buwat kue koci.[to.loN Am.be/ k«.lA.p« mAn.tAn tu bAN du.w«.bu.te nA/ ]Tolong ambilkan dua butir kelapa mantan, nak buat kuih koci.
congkel[tSoN.kel]kata namakelapa yang belum berlemak dan digunakan untuk membuat inti kuih; mantan.Tolong ambek kelapa congkel tu bang due bute, nak buat kue koci.[to.loN Am.be/ k«.lA.p« tSoN.kel tu bAN du.w«.bu.te nA/ ]Tolong ambilkan kelapa congkel itu dua biji, nak buat kuih koci.
belantok[b«.lAn.to/]kata adjektifberkenaan makanan bermasak yang tersimpan lama tetapi belum basi.Sampai ati nasik belantok tu kau suruh aku makan.[sAm.pAj A.ti nA.si/ b«.lAn.to/ tu kAw su.Äoh A.ku mA.kAn]Sampai hati nasi yang sudah tersimpan lama itu engkau suruh aku makan.
melentoi[m«.l«n.toj]kata adjektifterlalu lapar.Belom masak lagi? Perot dah melentoi ni.[b«.lom mA.sA/ lA.gi p«.Äot dAh m«.l«n.toj ni]Belum masak lagi? Perut sudah terasa terlalu lapar.
sesah[s«.sAh]kata kerjamakan (bahasa kasar).Jangan sesah laok tu sampai abes, ingat orang belakang.[dZA.NAn s«.sAh lAo/ tu sAm.pAj A.bes i.NAt o.ÄAN b«.lA.kAN]Jangan makan lauk itu hingga habis, ingat orang yang belum makan
nebok[n«.bo/]kata kerjamembuat leher baju, khas untuk baju kurung Johor.Awak dah nikam, kami nebok pon belom.[A.wA/ dAh ni.kAm kA.mi n«.bo/ pon b«.lom]Kamu sudah pun menjahit tulang belut pada leher baju, saya masih belum menebuk leher baju.
12

Kembali ke atas