Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : masih dlm keadaan tidak; masih tidak: Buah ini ~ masak. sebelum ketika belum melakukan sesuatu; terdahulu drpd: ~ tidur, saya menggosok gigi dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belum

Puisi
 

Mengkudu masak di hutan,
     Dipatuk punai gumbali;
Belum duduk belum suratan,
     Mana bertemu sama sekali.


Lihat selanjutnya...(116)
Peribahasa

Cekur jerangau belum habis lagi.

Bermaksud :

Belum dewasa sudah hendak melawan orang tua; belum ada pengalaman. (Peribahasa lain yang sama makna: Cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun).

 

Lihat selanjutnya...(106)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penjodoh bilangan untuk rebung yang belum dikuliti (belum dihiris dan belum dicencang): sepucuk, seketul atau sebatang? Terima kasih.Penjodoh bilangan yang betul ialah sebatang rebung.Tatabahasa25.08.2011
Saya belum makan. Saya masih tidak makan Saya masih belum makan Saya belum makan lagi. Ayat yang manakah betul? dan Apakah perbezaan di antara ayat-ayat di atas?Ayat yang lebih tepat ialah "Saya masih belum makan."
Ayat ini gramatis dan mempunyai makna yang jelas.
Lain-lain09.11.2022
Mengapakan frasa "belum masih cukup" salah dan frasa yang betul "masih belum cukup"?. Hukum tatabahasa apakah yang diguna pakai?Perkataan belum dan masih merupakan merupakan kata bantu aspek. Kata bantu aspek menerangkan waktu pada kerja yang dilakukan. Kata bantu aspek boleh hador secara berderetan seperti pada halaman 396 dalam buku Tatabahasa Dewan.

Penggunaan yang betul ialah masih belum mencukupi. Penggunaan belum masih tidak tepat dari segi makna yang hendak disampaikan. Contohnya dalam ayat  Ali masih belum tidur dan Ali belum masih tidur. Ayat yang gramatis ialah ayat yang pertama yang mempunyai makna yang jelas.
Tatabahasa07.01.2018
1.Surat daripada Norehan, saya belum baca. 2. Surat daripada Norehan, belum saya baca. Mana satu yang betul.1.Surat daripada Norehan, saya belum baca. 2. Surat daripada Norehan, belum saya baca. Kedua-dua ayat ini betul.Tatabahasa05.03.2015
pertanyaan 1: perbezaan tidak pernah dan belum pernah contoh soalan: pernah kamu makan sate? contoh jawapan negatif: saya tidak pernah atau saya belum pernah saya ingin tahu mana satu betul, tidak pernah atau belum pernah pertanyaan 2: contoh soalan: pernah kamu pergi ke pasar malam? bolehkan perkataan pergi diabaikan? adakaJawapan 1: Kedua-dua perkataan "tidak pernah" dan "belum pernah" boleh digunakan dalam ayat ini. Dalam konteks ayat ini, "tidak pernah" merujuk kepada penafian manakala "belum pernah" bermaksud belum berlaku.
Jawapan 2: Ayat yang betul ialah "Pernahkah kamu pergi ke pasar malam?" 
                 Perkataan "pergi" boleh digugurkan dalam ayat ini. 
Tatabahasa13.04.2023
soalan 1 1. Anizah _________ dinaikkan pangkat walaupun dia sudah berkhidmat selama 12 tahun A. belum pernah B. masih belum kenapa memilih jawapan tersebut soalan 2 Pilih jawapan yang betul A. Aziah tidak perempuan yang mementingkan harta B. Lawatan ke Sarawak itu tidak cadangannya. C.Ainah bukan mudah terpedaya akan pujuk rayu jurujual itu. D.Roti itu tidak buatan syarikat tempatan mana satu jawapanya?kenapa memilih jawapan tersebut1. Dari segi tatabahasa bahasa Melayu, kedua-dua jawapan yang diberikan, iaitu "belum pernah" dan "masih belum" adalah betul dan boleh digunakan.

2. Semua jawapan yang diberikan adalah salah kerana penggunaan perkataan "bukan" dan "tidak" adalah tidak betul. Soalan A, B dan D sepatutnya menggunakan perkataan "bukan", dan soalan C sepatutnya menggunakan "tidak".
Tatabahasa19.04.2012
Kami belum putuskan sama ada hendak bercuti di Melaka atau di Johor. Kami belum putuskan sama ada hendak bercuti di Melaka atau Johor. Kami belum putuskan sama ada hendak bercuti ke Melaka atau Johor. Yang manakah ayat yang betul? Terima kasihKata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu dan masa. Ayat yang betul ialah Kami belum putuskan sama ada hendak bercuti ke Melaka atau ke Johor.Tatabahasa27.02.2013
Ayat songsang kepada ayat biasa, 1)Belum tentu pandai anak guru tentang bidang itu. Jwpan (a): Anak guru belum tentu pandai tentang bidang itu. Jwpan (b): Anak guru tentang bidang itu belum tentu pandai. Adakah jawapan (b) betul? 2) Sungguh menakjubkan pertunjukan yang diadakan sempena sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara. Jwpan (a): Pertunjukan yang diadakan sempena sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara sungguh menakjubkan. Jwpan (b): Pertunjukan yang diadakan sungguh menakjubkan sempena sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara. Adakah jawapan (b) betul? Terma kasih.Salam sejahtera,

Soalan 1

Jawapan yang betul:
(a) Anak guru belum tentu pandai tentang bidang itu.

Soalan 2

Jawapan yang betul
(a) Pertunjukan yang diadakan sempena dengan sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara sungguh menakjubkan.
Tatabahasa04.06.2017
Saya masih belum makan lagi. Adakah salah jika penggunaan kata bantu (masih & belum) yang lewah dalam ayat ini? Adakah kata penegas "lagi" merupakan unsur lewah dalam ayat ini?Ayat yang gramatis Saya belum makan lagi.Tatabahasa08.11.2017
(i) Kami masih belum meluluskan permohonan itu. (ii) Kami sudah pernah memancing ikan di tepi sungai. (iii) Budak itu makan roti canai Ayat-ayat songsang yang manakah betul untuk ayat-ayat aktif yang terdapat di atas? (a) Meluluskan permohonan itu kami masih belum. (b) Permohonan itu kami masih belum meluluskan. (c) Memancing ikan di tepi sungai kami sudah pernah. (d) Memancing ikan kami sudah pernah di tepi sungai. (e) Roti canai budak itu makan.(i) Kami masih belum meluluskan permohonan itu.
Meluluskan permohonan itu kami masih belum.
Permohonan itu kami masih belum meluluskan.

(ii) Kami sudah pernah memancing ikan di tepi sungai.
Memancing ikan di tepi sungai kami sudah pernah.

(iii) Budak itu makan roti canai. 
Roti canai budak itu makan.
 
Tatabahasa29.10.2015
12345678910...

Kembali ke atas