Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : masih dlm keadaan tidak; masih tidak: Buah ini ~ masak. sebelum ketika belum melakukan sesuatu; terdahulu drpd: ~ tidur, saya menggosok gigi dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belum

Puisi
 

Mengkudu masak di hutan,
     Dipatuk punai gumbali;
Belum duduk belum suratan,
     Mana bertemu sama sekali.


Lihat selanjutnya...(116)
Peribahasa

Cekur jerangau belum habis lagi.

Bermaksud :

Belum dewasa sudah hendak melawan orang tua; belum ada pengalaman. (Peribahasa lain yang sama makna: Cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun).

 

Lihat selanjutnya...(106)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaMeranti kayulah meranti, Mari dirintis beri bertali; Belum dapat belum berhenti, Di dalam hati berani mati.
Kurik Kundi Merah SagaMengkudu masak di hutan, Dipatuk punai gumbali; Belum duduk belum suratan, Mana bertemu sama sekali.
Kurik Kundi Merah SagaBudak-budak menampung amin, Anak murid menghadap guru; Harimau jangan main, Belum kena belum tahu.
Kurik Kundi Merah SagaNyiur gading tinggi mahligai, Ketupat jua berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Belum dapat belum berhenti.
Kurik Kundi Merah SagaUlak- ulak perahu Kuraman, Pulau Burung tempat berhenti; Apa penjolok bunga di taman, Belum dapat belum berhenti.
Kurik Kundi Merah SagaBuah nyiur di pucuk mahligai, Anyam ketupat tidak berinti; Hancur badan tulang berkecai, Belum dapat belum berhenti.
Kurik Kundi Merah SagaPaya Balais di tanah lumpur, Tempat orang bertanam padi; Rasa di hati luluh hancur, Belum berjumpa belum berhenti.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil air dari perigi, Ada yang dijinjing ada ditatang; Belum disuruh sudah pergi, Belum dipanggil sudah datang.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil bilah di rumpun jering, Jering bersanggit di batang pinang; Kalau jalak lawan biring, Belum tentu kalah menanglawan/belum
Kurik Kundi Merah SagaBelum dimakan jangan dijamah, Di atas meja hidangan juadah; Beralih kain di balik rumah, Beralih cakap di balik lidah.
12345678910...

Kembali ke atas