Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : masih dlm keadaan tidak; masih tidak: Buah ini ~ masak. sebelum ketika belum melakukan sesuatu; terdahulu drpd: ~ tidur, saya menggosok gigi dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belum

Puisi
 

Mengkudu masak di hutan,
     Dipatuk punai gumbali;
Belum duduk belum suratan,
     Mana bertemu sama sekali.


Lihat selanjutnya...(116)
Peribahasa

Cekur jerangau belum habis lagi.

Bermaksud :

Belum dewasa sudah hendak melawan orang tua; belum ada pengalaman. (Peribahasa lain yang sama makna: Cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun).

 

Lihat selanjutnya...(106)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Belum tentu si upik si buyungnya.Belum ada keputusan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga [= disabung], b. Belum tentu hilir mudiknya, c. Belum tentu hitam putihnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cekur jerangau belum habis lagi.Belum dewasa sudah hendak melawan orang tua; belum ada pengalaman. (Peribahasa lain yang sama makna: Cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belum tentu hitam putihnya.Belum ada keputusan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga [= disabung], b. Belum tentu hilir mudiknya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belum tuarang panjang, buah sengkuang sebesar betis.Khabar angin yang dilebih-lebihkan. tuarang = musim kemarau.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belum tegak hendak berlari.Melakukan sesuatu tidak menurut aturan yang biasa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belum sekuku.Amat sedikit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belum ditumbuk belumlah bengkak.Apabila sudah berbudi barulah ada tanda balas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belum diajun sudah tertarung.Baru hendak memulai sesuatu sudah mendapat kemalangan. (Peribahasa lain yang sama makna: Baru dianjur, sudah tertarung). ajun = maksud hendak (berbuat, berjalan dan sebagainya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belum betul membilang jari, sudah hendak berkuasa sendiri.Hendak berlagak seperti orang tua-tua.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belum berkilat sudah berkilau, bulan sangkap tiga puluh.Perkara yang sudah terang. sangkap = genap, cukup.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678910...

Kembali ke atas