Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : masih dlm keadaan tidak; masih tidak: Buah ini ~ masak. sebelum ketika belum melakukan sesuatu; terdahulu drpd: ~ tidur, saya menggosok gigi dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belum

Puisi
 

Mengkudu masak di hutan,
     Dipatuk punai gumbali;
Belum duduk belum suratan,
     Mana bertemu sama sekali.


Lihat selanjutnya...(116)
Peribahasa

Cekur jerangau belum habis lagi.

Bermaksud :

Belum dewasa sudah hendak melawan orang tua; belum ada pengalaman. (Peribahasa lain yang sama makna: Cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun).

 

Lihat selanjutnya...(106)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
unpaid dividenddividen belum bayarPentadbiran PerniagaanTiadaDividen yang telah diisytiharkan oleh Lembaga Pengarah syarikat tetapi pembayarannya kepada pemegang saham belum dibuat kerana belum sampai tarikh bayarannya.
lymphoblastlimfoblasPerubatanTiadaLimfosit yang belum matang, dan belum bernukleus dan biasanya tidak banyak terdapat pada pusat germinal tisu limfa.
rawstockfilem mentahKomunikasiTiadaFilem yang belum didedahkan atau belum digunakan. Filem yang selalu digunakan ialah filem negatif yang mempunyai format bidang 16 mm, super-16 mm atau 35 mm.
البكرdaraAgama IslamFiqhPerempuan yang belum berkahwin atau yang belum disetubuhi.
lymphoblastlimfoblasBiologiHistologi dan SitologiLimfosit yang belum matang dan belum bernukleus dan biasanya tidak banyak terdapat pada pusat germinal tisu limfa.
original skripskrip asalKomunikasiTiadaSkrip yang belum pernah disiarkan dan belum melalui proses penyuntingan atau pengubahsuaian. Skrip ini ditulis untuk tujuan siaran.
loss reserverizab kerugianinsuransTiadaAnggaran liabiliti tuntutan insurer yang telah berlaku tetapi belum dibayar sehingga tarikh penilaian tertentu. Biasanya kerugian tertanggung tetapi belum dilaporkan, kerugian patut dijelaskan tetapi belum dibayar dan amaun yang belum lagi dijelaskan juga dimasukkan. Tarif ini adalah seperti yang akan dilaporkan dalam penyata kewangan insurer.
loss reserverizab kerugianPentadbiran PerniagaanTiadaAnggaran liabiliti tuntutan insurer yang telah berlaku tetapi belum dibayar sehingga tarikh penilaian tertentu. Biasanya kerugian tertanggung tetapi belum dilaporkan, kerugian patut dijelaskan tetapi belum dibayar dan amaun yang belum lagi dijelaskan juga dimasukkan. Takrif ini adalah seperti yang akan dilaporkan dalam penyata kewangan insurer.
unrealized profituntung belum terealisasiPentadbiran PerniagaanTiadaUntung yang berlaku akibat kenaikan atau penurunan harga tetapi belum lagi diterima kerana kedudukannya belum dicairkan.
unrealized lossrugi belum terealisasiPentadbiran PerniagaanTiadaRugi yang berlaku akibat kenaikan atau penurunan harga tetapi belum lagi diterima kerana kedudukannya belum dicairkan.
12345678910...

Kembali ke atas