Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belum cukup

Puisi
 

Meranti kayulah meranti,
     Mari dirintis beri bertali;
Belum dapat belum berhenti,
     Di dalam hati berani mati.


Lihat selanjutnya...(116)
Peribahasa

Walaupun ada umpan,
     belum tentu ada ikan.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan itu walaupun telah ada persediaan yang cukup tetapi belum tentu akan berhasil dengan baik.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
premature infantbayi pramatangPerubatanTiadaBayi yang dilahirkan selepas minggu ke-27, tetapi belum cukup bulan. Peluang untuk anak ini hidup tidaklah begitu baik dan bergantung pada berat tubuhnya semasa lahir.
beneficiarybenefisiariUndang-undangTiada1. Seseorang yang menerima sesuatu yang bernilai daripada seseorang yang meninggal, penerima amanah atau penerima polisi insurans.,2. Waris yang belum cukup umur, yang harta pusakanya dipegang oleh pemegang amanah, wasi, untuk faedah atau kepentingannya.
trash fishikan bajaPerikananAkuakulturHasil sampingan tangkapan ikan, khususnya daripada aktiviti pukat tunda. Ikan baja terdiri daripada ikan juvenil, ikan yang tidak bernilai komersial dan ikan yang bernilai komersial tetapi belum cukup besar untuk dijual. Ikan baja juga boleh dijadikan sebagai makanan ikan sangkar atau diproses sebagai tepung ikan.
premature birthkelahiran pramatangPerubatanTiadaKelahiran bayi yang belum matang atau cukup bulan.
unemployment benefitbantuan penangguranEkonomiTiadaBantuan kewangan yang diberi kepada penganggur sama ada yang belum pernah bekerja atau yang diberhentikan. Bantuan pengangguran ini merupakan satu bentuk bayaran pindahan. Tujuannya adalah untuk memastikan pendapatan pengangguran tidak berada di bawah paras cukup hidup. Sinonim pampasan pengangguran.
emission controlkawalan pemancaranKejuruteraanKejuruteraan Mekanik1) Peraturan untuk mengurangkan kadar toksik, tahap pencemara atau kandungan bahan cemar dalam gas ekzos kenderaan berenjin dan kilang. Kawalan ini bertujuan untuk memastikan gas ekzos yang dikeluarkan tidak mencemarkan alam sekitar. Antara bahan toksik yang diukur ialah CO, CD2, NOx, SO2 dan CH. 2) Kawalan pencemaran alam sekitar akibat gas ekzos enjin dengan menggunakan peranti yang dipasang pada sistem ekzos. Dalam kereta terkini, sistem ini meliputi penukar bermangkin, set penderia dan penggerak serta unit pemprosesan data yang akan memantau dan mengubah suai situasi. Sebagai contoh, penukar bermangkin menggunakan pemangkin dan oksigen untuk membakar sebarang bahan api yang masih belum terbakar dan sesetengah bahan kimia lain yang keluar daripada enjin melalui ekzos. Penderia oksigen dalam aliran ekzos memastikan bahawa oksigen cukup untuk pemangkin bertindak balas dan mengubah suai campuran bahan api dan udara dalam kebuk pembakaran.

Kembali ke atas