Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belum dewasa

Peribahasa

Cekur jerangau belum habis lagi.

Bermaksud :

Belum dewasa sudah hendak melawan orang tua; belum ada pengalaman. (Peribahasa lain yang sama makna: Cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagi memaklumkan kepada pelanggan mengenai penetapan kadar harga bayaran pasport yang dikenakan, apakah maksud yang tepat atau sepatutnya. 'Kadar bayaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) bagi warga emas iaitu orang dewasa yang berumur 60 tahun ke atas dan kanak-kanak dibawah umur 12 tahun'. Apakah memadai dengan ayat tersebut yang membawa maksud, bagi orang dewasa yang mencapai umur 60 tahun dikira pada hari jadinya atau selepas sehari tarikh lahirnya dan begitu juga pada kanak-kanak yang belum mencapai umur 12 tahun pada hari tarikh lahirnya ? Apakah kategori tersebut termasuk yang telah mencapai umur pada hari jadi seseorang itu ? Mohon bantuan dan nasihat pihak Tuan dalam kadar segera, terima kasih.

Salam sejahtera,

'Kadar bayaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) bagi warga emas iaitu orang dewasa yang berumur 60 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun'. Ayat ini memadai untuk menunjukkan maksud bagi orang dewasa yang mencapai umur 60 tahun dikira pada hari jadinya atau selepas sehari tarikh lahirnya dan begitu juga pada kanak-kanak yang belum mencapai umur 12 tahun.

Lain-lain03.01.2013
Saya berminat untuk menghantar manuskrip buku himpunan cerpen pendek untuk diterbitkan oleh DBP. Boleh emailkan kepada saya kaedah,syarat2 serta peraturan sekiranya saya ingin berbuat demikian?Terima kasih kerana tuan berminat untuk menghantar manuskrip kepada DBP. Bahagian Penerbitan Sastera, DBP diberi tanggungjawab untuk menguruskan penerbitan buku sastera pelbagai genre termasuk kumpulan cerpen untuk khalayak pembaca dewasa. Sekiranya tuan telah pun menghasilkan karya cerpen, bolehlah tuan menghantar kepada kami untuk penilaian. Bagi kumpulan cerpen, jumlah minimum cerpen ialah 20 buah  (dengan ketebalan manuskrip antara 300 - 350 halaman). Cerpen-cerpen tersebut  seharusnya belum pernah diterbitkan dalam mana-mana kumpulan cerpen terbitan penerbit lain. Sekiranya ia pernah tersiar dalam akhbar atau majalah tempatan, sebaik-baiknya mohon keizinan/memaklumkan kepada penerbit akhbar/majalah berkenaan terlebih dahulu. Tuan boleh menghantar manuskrip tuan kepada Ketua Editor Bahagian Penerbitan Sastera, Tingkat 11, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain27.04.2010

Kembali ke atas