Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belum dewasa

Peribahasa

Cekur jerangau belum habis lagi.

Bermaksud :

Belum dewasa sudah hendak melawan orang tua; belum ada pengalaman. (Peribahasa lain yang sama makna: Cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
minority (age)belum dewasa (umur)Undang-undangTiadaTiada
RegentPemangku RajaUndang-undangTiadaOrang yang dilantik untuk menjalankan fungsi raja semasa raja belum dewasa, atau raja tiada di dalam negeri atau raja tiada upaya.
nymphnimfaPerikananTiadaSerangga yang belum dewasa, terutamanya larva pepatung atau serangga lain yang belum lengkap kitaran hidupnya. Nimfa merupakan makanan penting bagi ikan rekreasi air tawar. Bentuk atau corak nimfa ini biasanya ditiru dalam pembuatan umpan serangga buatan.
regencypemangkuan rajaUndang-undangTiadaPerihal pernjalanan fungsi raja oleh orang atau badan yang dilantik bagi maksud itu semasa raja belum dewasa, atau raja tiada di dalam negeri atau raja tiada upaya.
payor benefitfaedah pembayarPentadbiran PerniagaanTiadaRider atau peruntukan yang biasa dalam polisi juvenil untuk mengetepikan premium jika pembayar, selalunya ibu atau bapa, menjadi hilang upaya atau meninggal dunia ketika kanak-kanak tersebut belum dewasa. Peruntukan ini juga terdapat dalam polisi yang melindungi seseorang isteri yang premium dibayar oleh suaminya.
puberfoniapuberfoniaSains KesihatanTiadaSuara lelaki dewasa yang seperti suara kanak-kanak lelaki belum baligh, iaitu suara belum pecah.
juvenilejuvanaKriminologiKeadilan JenayahIndividu yang belum mencapai umur dewasa atau ditakrifkan sebagai kanak-kanak menurut undang-undang.
nymphnimfaBiologiEkologibentuk juvenile yang terdapat pada serangga yang mengalami metamorfosis tidak lengkap, seperti lipas dan belalang. Nimfa bersaiz kecil, menyerupai bentuk serangga dewasa, dan mempunyai kepak yang belum lengkap atau tidak mempunyai kepak langsung.
nursery rhymenyanyian anakKesusasteraanPuisiPuisi yang diciptakan khas untuk kanak-kanak. Nyanyian anak atau puisi kanak-kanak ini diciptakan lebih sederhana sama ada dari segi pemikiran mahupun struktur dan teknik pengungkapannya berbanding dengan nyanyian remaja dan dewasa . Di samping itu, perkara yang diungkapkan sering mengandungi unsur-unsur nasihat, hiburan, pengajaran dan sebagainya. Nyanyian anak ini boleh dinyanyikan sendiri oleh kanak-kanak itu dan juga dinyanyikan oleh ibu yang hendak menidurkan anaknya. Contohnya, seperti pantun di bawah. Timang tinggi-tinggi, Sampai cucur atap; Belum tumbuh gigi, Dah pandai baca kitab.

Kembali ke atas