Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lama (adjektif)
1. Dalam konteks tempoh
bersinonim dengan berlarutan, berpanjangan, berterusan,
Berantonim dengan sekejap

2. Bersinonim dengan tua: usang, lapuk, buruk, kuno,
Berantonim dengan baru

3. Dalam konteks fesyen
bersinonim dengan usang, lapuk, ketinggalan zaman,
Berantonim dengan moden

4. Bersinonim dengan berlalu: sudah berlaku, sudah lepas,

Kata Terbitan : selama, berlama-lama, lama-kelamaan,

Puisi
 

Sayang belatuk raja burung,
     Hinggap di atas pokok selasih;
Lama sudah dendam berkurung,
     Belum bertemu pada kekasih.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perayaan Tahun Baru Cina atau Tahun Baharu Cina?Kedua-duanya boleh digunakan. Baru merujuk kepada belum lama lagi; tidak ada sebelumnya. Contoh ayat, Tahun ini murid-murid baru ada empat puluh orang sahaja. Baharu pula bererti baru; membaharui, membaiki supaya sesuatu itu menjadi baharu. Contoh ayat, Filem baharu beliau mendapat sambutan hangat.Lain-lain04.03.2022
Adakah penggunaan 'baru' dan 'baharu' bergantung kepada situasi? Ataupun kedua-dua perkataan itu boleh ditukar ganti tanpa mengubah maksud perkataan, contoh: Pekerja baharu/pekerja baru. Terima kasih.Kata "baharu" bermaksud tidak buruk, kelihatan cantik, kerana belum pernah atau belum lama dipakai atau kerana terpelihara dengan baik. Kata "baru" pula merujuk masa atau waktu, iaitu belum berapa lama lagi, sesudah, tidak lama sebelum ini, dan sebagainya. Sebagai kesimpulannya, kata batru digunakan untuk makdus masa. Kata baharu digunakan untuk maksud sifat atau adjektif. Jadi, frasa yang betul "Pekerja Baharu".Makna25.06.2015
adakah perbezaan perkatan-perkataan berikut: -Baru -Baharu -Bharu

Ada sedikit perbezaan dlm penggunaan kedua-dua perkataan tersebut, baharu digunakan utk maksud membaiki sesuatu , mengulangi lagi, memulakan sesuatu semula, mengganti/menukarkan sesuatu dgn yg baru, manakala baru biasanya membawa makna belum ada sebelumnya , belum lama dipakai/diguna atau belum dipakai lagi.

kata bharu digunakan pada tempat yang telah digazetkan contohnya Kota Bharu.

Tatabahasa21.04.2008
Penggunaan perkataan bau dan baharuKata baharu atau baru digunakan dalam konteks rumah baharu, kasut baharu, tahun baharu dsb. Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, hal. 131 bermaksud belum ada sebelumnya,belum lama wujud.Padanan bahasa Inggerisnya ialah new. Kata baru digunakan dalam konteks baru datang, baru kelihatan, baru sedar, baru-baru ini dsb. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just.Tatabahasa20.07.2010
Apakah perbezaan antara baru dengan baharu ? dalam kamus dewan, kedua-duanya sama maksud, betulkah?Ada sedikit perbezaan dlm penggunaan kedua-dua perkataan tersebut, baharu digunakan utk maksud membaiki sesuatu , mengulangi lagi, memulakan sesuatu semula, mengganti/menukarkan sesuatu dgn yg baru, manakala baru biasanya membawa makna belum ada sebelumnya , belum lama dipakai/diguna atau belum dipakai lagi.Makna25.07.2007
1)perbezaan antara (baru) dan (baharu) 2)selepas imbuhan akhiran (-kan) tidak boleh meletakkan objek hidup, tetapi adakah ayat berikut betul? ibu memasakkan ayah bubur. ibu menjahitkan kakak sehelai baju tq

1. Dalam Kamus Dewan baru dan baharu sama maknanya iaitu belum (tidak) ada sebelumnya, (yang) belum lama wujud. Bagi menjawab pertanyaan saudara, "baru" kebiasaannya merujuk kepada masa, bagi membantu, dalam bahasa Inggeris, kata "just" digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contoh ayatnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata "baharu" pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa inggerisnya, "new" , termasuk digunakan untuk barang-barang. Contoh , Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.

2. Akhiran -kan membentuk kata kerja transitif. Biasanya kata kerja yang menerima akhiran -kan menerima juga awalan meN- dan boleh meletakkan objek hidup selepas kata kerja tersebut. Contoh, Ibu memasakkan ayah bubur

Tatabahasa02.03.2009
apakah perbezaan penggunaan kata 'baru' dengan 'baharu'?? tolong jelaskan dengan contohnya sekali..terima kasih..Kata baharu atau baru digunakan dalam konteks rumah baharu, kasut baharu, tahun baharu dsb. Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, hal. 131 bermaksud belum ada sebelumnya,belum lama wujud.Padanan bahasa Inggerisnya ialah new. Kata baru digunakan dalam konteks baru datang, baru kelihatan, baru sedar, baru-baru ini dsb. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just.Tatabahasa22.07.2010
Saya ingin bertanya berkaitan: 1) Penggunaan perkataan 'baru' dan 'baharu'. 2) Kenapa tiada maksud/perkataan bagi 'baru' dalam carian umum dalam web DBP tetapi dlm aplikasi DBP terdapat carian bagi perkataan 'baru'=baharu. Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (KDP) berikut ialah maksud baru:

1. belum dipakai lagi atau belum berapa lama dipakai; baharu
2. (berkenaan sesuatu) belum ada sebelumnya atau belum berapa lama dihasilkan, diterbitkan, dibina, ditemui dan sebagainya; baharu
3. (berkenaan hari, bulan, musim dan sebagainya) bermula kembali; baharu
4. (berkenaan bahan makanan) segar kerana belum lama diambil, ditangkap, disembelih dan sebagainya; baharu
5. (berkenaan generasi, idea dan sebagainya) moden atau terkini; baharu
6. berbeza daripada sebelumnya kerana telah berubah keadaan, suasana dan sebagainya; baharu
7. belum berapa lama menjadi sebagai atau bekerja, bertindak dan lain-lain sebagai; baharu
8. (berkenaan negara, wilayah dan sebagainya) sudah merdeka atau bebas daripada penjajahan, baharu
9. dalam keadaan masih kelihatan cantik, tidak terjejas dan sebagainya kerana jarang digunakan, terjaga dengan baik dan lain-lain
10. belum berapa lama; baharu
11. sebaik sahaja atau apabila sahaja; baharu
12. pada ketika tertentu berikutan daripada sesuatu; baharu

Berdasarkan KDP, baru dan baharu mempunyai maksud yang sama dan boleh digunakan kedua-duanya mengikut kesesuaian ayat kecuali maksud pada keterangan No. 9.

Berdasarkan carian di Pusat Rujukan Persuratan Baharu (PRPM) perkataan baharu membawa maksud yang sama dengan baru dan boleh digunakan kedua-duanya mengikut kesesuaian ayat.
Makna11.08.2021
Salam sejahtera, Saya ada satu persoalan. Apakah perbezaan antara baru dan baharu. Apakah contoh ayat bagi penggunaan kedua-dua perkataan ini. Terima kasih.

Kata baru dan baharu merupakan kata adjektif yang digunakan untuk merujuk sesuatu yang belum dipakai atau belum lama dipakai, contohnya basikal baharu/baru atau kasut baharu/baru. Padanan bahasa Inggerisnya ialah new.

Kata baru sebagai kata bantu digunakan dalam konteks “tidak berapa lama dahulu” atau “tidak berapa lama sebelum ini” contohnya baru-baru ini, baru tiba atau baru sedar. Padanan bahasa Inggeris bagi baru di sini ialah just dan baru-baru ini ialah recently

Contoh ayat:

1.   Ayah membelikan adik Ayah basikal baharau/baru.

2.   Selepas saya jelaskan baru dia sedar.

3.   Kita menyokong perbahasan itu dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

 

 

Tatabahasa15.06.2020
assalamualiakum Saya keliru dengan penggunaan perkataan baharu atau baru. Contoh: Tahun Baru atau Baharu Kereta Baru atau Baharu ketua Perkhidmatan baharu Adakah perkataan baru telah di tukarkan dengan ejaan baharu. sekian, terima kasih.Kata baharu atau baru digunakan dalam konteks rumah baharu, kasut baharu, tahun baharu dsb. Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, hal. 131 bermaksud belum ada sebelumnya,belum lama wujud.Padanan bahasa Inggerisnya ialah new. Kata baru digunakan dalam konteks baru datang, baru kelihatan, baru sedar, baru-baru ini dsb. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just.Tatabahasa07.07.2010
123456

Kembali ke atas