Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
masak (adjektif)
1. Dalam konteks buah
bersinonim dengan tua, matang, ranum,
Berantonim dengan muda

2. Dalam konteks daging
bersinonim dengan empuk, lembut, lunak,
Berantonim dengan mentah

2. Bersinonim dengan matang: berpengalaman, berumur, dewasa, tua,
Berantonim dengan mentah

Kata Terbitan : memasak, masakan, pemasak,

Puisi
 

Masak nasi bergulai belum,
     Nanti udang dari kuala;
Sarat muatan belayar belum,
     Nanti turun angin utara.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Sementara menanti padi masak,
     berjagung-jagunglah dulu.

Bermaksud :

Sementara belum ada yang lebih baik, maka yang kurang baik pun baiklah dipakai dulu. (Peribahasa lain yang sama makna: Baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tannintaninKimiaTiadaKumpulan sebatian organik polifenol yang lazimnya terdapat di dalam daun, buah yang belum masak dan kulit kayu. Tanin digunakan dalam penyamakan kulit dan pembuatan dakwat dan pewarna. Misalnya, asid tanik.
ripeningperanumanMakanan dan PemakananTeknologi MakananProses perubahan buah daripada keadaan belum masak kepada keadaan masak. Proses ini berlaku di atas pokok atau selepas dipetik, hasil daripada beberapa proses fisiologi atau biokimia yang memperlihatkan urutan perubahan warna, tekstur, aroma dan rasa. Proses ini akhirnya menghasilkan buah yang boleh dimakan.
muzaraah objectivematlamat muzara‘ahEkonomiEkonomi IslamHasil yang ingin dicapai daripada akad muzara‘ah, iaitu tanaman telah mengeluarkan buah, buah telah masak, selamat dituai dan hasil telah dibahagi. Sebaliknya jika hasil belum diperoleh dan belum dibahagi, maka matlamat tersebut belum tercapai.
Broken core (pineapple)Pecah empulur (nanas)PertanianAgronomi

Kerosakan bahagian tengah atau empulur buah nanas yang disebabkan oleh jambul yang terlalu berat atau kerosakan semasa mengutip buah di ladang. Pecah empulur yang berlaku kepada buah yang masih belum dipetik, menyebabkan bahagian atas buah lebih cepat masak berbanding bahagian bawah. Pecah empulur selepas tuaian juga menyebabkan jangkitan penyakit semasa tempoh penyimpanan atau pengangkutan.


Kembali ke atas