Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beluru;

Puisi
 

Buah beluru bermain angin,
     Jatuh sebiji di dalam puan;
Surat sepucuk kami kirim,
     Kalau sudi bacalah puan.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Entada rheediibeluruHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis memanjat dalam famili Leguminosae. Tumbuhan ini dikenali juga sebagai akar beluru dan sintok. Beluru biasanya tumbuh liar di pinggir hutan, tebing sungai dan kawasan berhampiran laut. Daunnya jenis majmuk. Buahnya jenis kekacang leper, panjang dan besar. Air rebusan akarnya diminum untuk merawat kembung perut. Batang yang telah dilumatkan digunakan sebagai syampu rambut untuk membunuh kutu dan hama. Air rendaman atau rebusan batang disapukan pada kulit untuk merawat kulit yang gatal dan bersisik. Air rebusan batang diminum untuk merawat cirit-birit. Biji separuh masak yang telah dilumatkan boleh digunakan untuk mencuci rambut, dan dibuat pupuk untuk merawat buasir dan sakit perut. Biji yang telah dibakar dimakan oleh ibu selepas bersalin untuk mencuci badan, mengubati sakit perut dan merangsang muntah. Air batangnya boleh diminum mentah, minyak bijinya digunakan sebagai minyak pelita, daun mudanya boleh dimakan, dan batangnya yang telah dilumatkan boleh digunakan untuk menuba ikan.
spotted sardinellatamban beluruPerikananTiadaSejenis ikan pelagik daripada famili Clupeidae, genus Amblygaster yang hidup di kawasan pesisiran pantai secara berkumpulan. Badan ikan tamban beluru tidak bersisik dan mempunyai bintik biru kehitaman yang selari dengan badannya. Ikan ini biasanya ditangkap menggunakan pukat jerut dan pukat hanyut.
flaxseed orebijih biji beluruGeologiTiadaMendapan endapan yang mengandung besi, misalnya bijih clinton, terdiri daripada oolit hematit berupa bentuk cakera yang telah agak terpipih selari dengan satah pelapisan.
sardinetambanPerikananTiadaSejenis ikan pelagik daripada famili Clupeidae, yang hidup di kawasan pesisiran pantai secara berkumpulan. Ikan ini terdiri daripada pelbagai jenis seperti tamban sisik dan tamban beluru. Sinonim sardin.
saponinsaponinHerbaPemiawaianSebatian glikosida terbitan triterpena tetrasiklik seperti steroid atau pentasiklik seperti lupeol dan amirin. Saponin mempunyai ciri yang boleh menghasilkan busa. Sebagai contoh, saponin yang didapati dalam ekstrak kulit pokok beluru (Entada phaseoloides).
saponinsaponinHerbaFitokimiaSebatian glikosida terbitan triterpena tetrasiklik seperti steroid atau pentasiklik seperti lupeol dan amirin. Sebatian ini mempunyai ciri bersifat sabun. Kebanyakan dakwaan aktiviti biologi seperti antiradang, antidiabetes, antilebam dan perangsang imun dikaitkan dengan kehadiran sebatian ini dalam tumbuhan tertentu. Saponin bersifat hemolitik dan toksik kepada kebanyakan haiwan berdarah sejuk. Contoh sebatian saponin ialah entadasaponin II yang terdapat dalam kulit pokok beluru.

Kembali ke atas