Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.na/] | بنق

Definisi : 1. sumsum (isi tulang): ~ tulang; 2. = otak ~ otak (isi kepala): yg pasti dlm ~ku ialah aku tidak melaporkan hal itu; menghisap (mencarak, mencucup) ~ ki menghisap darah (mengambil banyak keuntungan drpd orang); membelah ~ (bkn sinar matahari) panas sekali;berbenak berotak; tidak ~ tidak mempunyai otak, bodoh sekali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.na/] | بنق

Definisi : 1. bengap, pekak (duit syiling); 2. = ~ hati bodoh, dungu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.na/] | بنق

Definisi : 1 isi tulang yg berwarna merah kehitam-hitaman; sumsum. 2 = otak ~ isi kepala; otak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[be.na/] | بنق

Definisi : , = ~ hati agak sukar atau lambat utk menerima pelajaran atau sesuatu yg diajarkan; lembap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[be.na/] | بنق

Definisi : fenomena air sungai berombak besar dan mudik (ke hulu) ketika air pasang (berlaku di Sarawak, iaitu di sungai Batang Lupar, Batang Sadong, Batang Samarahan, dan Batang Saribas). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benak

Puisi
 

Tak tumbuh padi di pintu,
     Anak denak di hujung serambi;
Kalau sungguh cakap itu,
     Sungguh benak hati kami.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya, dalam PRPM, ada pilihan bagi "Istilah MABBIM" dan terdapat tiga lajur, Istilah Indonesia, istilah Brunei dan Istilah Malaysia yang keluar sekiranya ditekan. Persoalan saya: 1) Adakah "Istilah Indonesia" yang dimaksudkan itu ialah istilah daripada bahasa Indonesia (ISO: ind) yang merupakan pecahan bahasa Melayu (ISO:msa)? 2) Adakah Brunei menggunakan piawaian bahasa yang sama seperti Malaysia, iaitu menggunakan Bahasa Melayu Piawai (ISO:zsm)? 2.1) Jika bukan, adakah terdapat contoh yang berbeza antara istilah dalam BM yang digunakan di Malaysia dan Bruneu? SEKIRANYA kedua-duanya sama, mengapa diwujudkan lajur istilah Brunei? 3) Bolehkah terangkan apakah perbezaan bagi bagi bahasa Melayu (zlm) dan bahasa Melayu piawai (zsm)? Adakah bahasa Melayu (zlm) berbeza dengan (msa) ? Mohon jawapan bagi kesemua persoalan tersebut. Sudah lama ia berrada dalam benak fikiran saya.Untuk makluman tuan, Istilah MABBIM terbina hasil daripada Sidang MABBIM. Anggota sidang telah bersetuju untuk bersetuju dan bersetuju untuk tidak bersetuju. Oleh itu, kita dapat lihat ada persamaan istilah antara ketiga-tiga negara dan ada juga istilah yang berbeza, dan kelazimannya Istilah Brunei dan Istilah Malaysia banyak persamaannya. Untuk orang awam cukup sekadar memilih Istilah Malaysia untuk digunakan dalam konteks negara kita. Khidmat Nasihat Bahasa tidak ada maklumat tentang piawaian bahasa Melayu Brunei serta perbezaan antara bahasa Melayu (zlm) dengan bahasa Melayu piawai (zsm). Melalui carian Internet tidak banyak maklumat tentang isu berkenaan dan Khidmat Nasihat Bahasa hanya menyalurkan maklumat sahih daripada rujukan kami. Hal-hal yang memerlukan kajian rinci dan kajian kepustakaan perlu dirujuk kepada pihak yang berwenang yang membuat kajian tentang isu-isu berkenaan. Untuk makluman tuan, hal ehwal Sidang MABBIM ditangani oleh Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, dan kajian tentang isu-iau bahasa Melayu ditangani oleh Bahagian Penyelidikan Bahasa, dan lebih banyak lagi dilakukan oleh universiti.Lain-lain22.09.2020

Kembali ke atas