Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.nang] | بنڠ

Definisi : 1. tali halus drpd kapas, sutera, dll yg digunakan utk menjahit atau menenun; 2. = ~ skru geligir berpilin pd skru; ~ arang benang yg dihitamkan utk membuat garis lurus (dipakai oleh tukang kayu); ~ emas benang berupa dawai halus yg berwarna spt emas utk menyulam atau menenun; ~ mentah benang yg belum dipintal; ~ nanas benang yg dibuat drpd serat nanas; ~ pakan benang pd torak tenun; ~ pancarona benang yg berwarna macam-macam; ~ raja pelangi; ~ sari a) bahagian yg menghubungkan stigma dan rahim bunga; b) = ~ serbuk Id tangkai tempat sari (serbuk bunga); bagai ~ dilanda ayam prb kusut masai; menegakkan ~ basah prb mengerjakan pekerjaan yg mustahil berhasil; melanggar ~ hitam prb melanggar pantang larang, melanggar adat resam; sehari selembar ~, lama-lama jadi kain prb sedikit demi sedikit lama-lama berhasil juga;berbenang 1. mempunyai benang; 2. mempunyai benang skru;membenang 1. merupakan benang; 2. ki tidak putus-putus, bersambung-sambungan, beraturan; 3. = membenangkan membuat benang skru;pembenangan perihal atau perbuatan membuat benang (skru);pembenang (Kej) alat utk membuat benang skru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.nang] | بنڠ

Definisi : 1 tali halus drpd kapas dsb yg dipintal dan digunakan utk menjahit atau utk menenun kain. 2 = ~ skru bahagian skru yg timbul dan berbelit-belit. ~ arang benang yg dihitamkan utk membuat garisan lurus (digunakan oleh tukang kayu). ~ emas benang halus berwarna emas yg digunakan utk menyulam atau utk menenun. ~ nanas benang yg dibuat drpd serat nanas. ~ sari bahagian bunga yg menghubungkan stigma dgn rahim bunga. bebenang sesuatu yg menyerupai benang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benang

Puisi
 

Usik dayang mengatih benang,
     Benang kusut terlalulah susah;
Kalau tuan mengaku menang,
     Biarlah saya mengaku kalah.


Lihat selanjutnya...(69)
Peribahasa

Bersahabat dengan juara,
     selilit benang bulang tahu juga.

Bermaksud :

Apabila jahat, lama-kelamaan kita akan menjadi jahat pula. benang bulang = benang pengikat taji ke kaki ayam yang akan disabung.

 

Lihat selanjutnya...(27)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
wool3. thick thread of wool, (benang) sayat, benang bulu biri: knitting ~, benang sayat utk mengait; a ball of ~, sebuku benang sayat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unthreadvt draw a thread from, mencabut benang dr: she ~ed the sewing-machine needle, dia mencabut benang dr jarum mesin jahit itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
knit-knit comb. form dikait dgn benang bulu: a chunky ~ cardigan, baju panas yg dikait dgn benang bulu yang kasar; closely ~, (of family) hubungan antara ahli keluarga rapat; (of argument) padu: theirs is a closelyKamus Inggeris-Melayu Dewan
threadn 1. thin cord used in sewing, weaving, benang: a reel of white ~, satu gelendong benang putih;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
loopvt 1. make into a loop, menggelungkan: to make a knot in the thread, ~ the end, thread it through the hole so made and pull it tightly, utk membuat simpulan pd benang, gelungkan bahagian hujung benang itu, sisipkannya menerusi lubang yg dihasilkan dan tarik hingga ketat; 2. fasten, encircle with a loop, melingkarkan: he ~ed the rope around the calf’s neck, dia melingkarkan tali pd tengkuk anak lembu itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stitch not have a ~ on, (colloq) tdk ada seurat benang pun di badan: they walked in when he did not have a ~ on, mereka masuk ketika dia tdk ada seurat benang pun di badan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
weftn benang pakan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
threadlikeadj spt benang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
style 9. (bot) benang sari;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spinning adj pintal: ~ thread, benang pintal; a ~ machine, mesin pintal;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678

Kembali ke atas